Carila di sini beb...
Bagila hamster ni makan..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..
KISAH PUTERI RAJA RATU
Thursday, August 27, 2009
Monday, August 24, 2009
Selamat Menyambut Ramadhan
Ni kiriman dari Daniera, salah seorang followers kami. Waa, bersesuaian dengan warna laman ini. Terima kasih diucapkan. Emm, bagi kad je ker. Tak hantar juadah berbuka puasa ker. Kalau hantar kami terima dengan tangan terbuka. Cewaah. Leh Lak kan. Antara kiriman sms yang kami terima lak.
Kiriman yang pertama dari rakan Raja,
Air Nyiur air kelapa muda,
Jatuh tumpah kat wayar elektrik,
Esok Ramadhan jangan la lupa,
Jangan pulak buat2 gastrik..
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Selamat Berpuasa.
Kiriman yang kedua dari rakan Ratu,
Andai semua HARTA adalah racun, maka ZAKAT penawarnya.
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA & TAUBAT ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya.
Marhaban yaa Ramadhan.
Selamat menunaikan ibadat puasa sume.
Kiriman ketiga dari rakan Ratu,
SALAM RAMADHAN.
Selamat menjalani ibadah puasa
Kiriman keempat pula dari rakan kami,
Syaban kian berlabuh tirai,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati seikhlas amalan,
Semoga segala ibadat kita Allah berkati,
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Kiriman kelima pula,
Kepada saudara/rakan/kenalanku,
Selamat menyambut Ramdhan Al-Mubarak,
Sama2 kita berusaha jadikan ibadah ini
Lebih berkualiti dari yang telah kita lalui
Kiriman yang keenam kami terima,
Perkataan yang cantik ‘ALLAH’
Lagu yang merdu ‘AZAN’
Novel yang menarik ‘AL-QURAN’
Senaman yang baik ‘SOLAT’
Diet yang mujarab ‘PUASA’
‘SELAMAT MENYAMBUT PUASA’
Tatapan dari,
Thursday, August 20, 2009
Jalan-jalan cari makan...
Ni lah rakan-rakan Ratu tengah makan. Waduh, tengok diorang makan rasa lapar la pulak. Tak per, sementara belum mula puasa ini, leh la bedal makan tengah hari. Raja lak dah balik outstation. Leh makan dengan Raja kan. Haha. Akhir kata, Ratu & Raja nak ucapkan 'Selamat Menyambut Ramadhan', semoga Ramadhan kali ni membawa keberkatan kepada kita semua. Jangan nakal2 curi-curi makan di bulan Ramadhan ni ya.
Tatapan dari,
Monday, August 17, 2009
Makan di Hotel Equtarial
Ratu tertarik tengok cantik bakul cina tu. Apa lagi Ratu posing la dengan bersama Kak Noriza. Sementara datuk belum sampaikan. Kang dah sampai kang 'malu kucing' lak.
Ni masa Datuk Hamzah & Datuk Ghafar berucap.Ratu tertarik dengan rekaan di restoren ni. Restoren ni ala-ala Baba & Nyonya. Ni kalau korang nak tau, ni la 'kasut terompah'
Ni pula rekaan di bahagian atas, ni bukan lukisan tau tapi barang2 lama cam mangkuk tingkat, dayung yang dipakukan di dinding. Sungguh kreatif !!!
Happy birthday to me..Happy birthday to me..Haha, silap la pulak. Perasannya Ratu. Happy to you Datuk..Dah sudah potong kek, pe lagi kita orang duduk kat tempat masing2. Tunggu makanan sampai & bedal la. PERUT DAH LAPAR NI!!! haha
Tatapan dari,
Thursday, August 13, 2009
Realiti....atau fantasi ni?
Eh, orang tu minta tolong la. JOM KITA TOLONG. Nasib baik lelaki tu tolong orang yang kat bawah tu naik atas. Tul tak. Tapi kenapa yang lain hanya tengok sahaja. Emm, ni mari kita kir sama..
Biar betul. Cam tak percaya lak burung helang mendarat tengah2 bandar ni kan. eh, bawa orang lak tu. Cam ne kalau helang ni bawa Ratu & Raja. Mesti Ratu menjerit kat awangan sampai 1 dunia dengar. Takutt. TIDAKKK!!!!! Masalahnya larat ke helang ni bawa Raja & Ratu di awangan. hehehe..
Waa, orang ni susun huruf lak ya. Pandai dia susun, tak jatuh pun. Tapi korang perasan tak de orang kerdil la kat huruf W tu. Cuba tengok tul2..
Eh, kenapa budak kecil tu duk depan katak tu. Mana mak, bapa dia. Kang katak tu apa2 kan dia. Eh, orang lain tak tolong ke.
Apa pandangan korang. Apa semua ni? Nak tau. Sebenarnya, ni semua lukisan 3D di atas lantai simen / mamar di tengah kotaraya. Cantik kan. Tapi gambar lelaki yang tolong tu, perempuan atas helang, orang kerdil, budak kecil adalah realiti ya. Bukan 3D. Percaya tak. Tak percaya lagi? Nah tengok ni, adakah realiti atau fantasi..
Tatapan dari,Monday, August 10, 2009
Perginya si ‘PIYUT’ kesayangan Raja
1. Arwah ahli keluarga NOORULAZ yang berkenaan.
2. Arwah adik Ratu & bapa Raja
3. Arwah keluarga korang yang telah meninggal dunia.
AL-FATHAH…AL-FATIHAH…AL-FATIHAH.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat..AMIN.
Si ‘Piyut’ ni tinggal di rumah mak Raja. Baru hari tu Ratu balik dengan Raja, Ratu baring jap, si ‘Piyut’ ni datang tidur sebelah Ratu. Ratu yang agak keletihan biarkan sahaja. Raja masa tu tengah tengok tv. Tak sangka tu la kali terakhir si ‘Piyut’ ni nak bermanja dengan Ratu. Kak-e, betul cakap akak, gambar ni leh wat kenangan bila kucing tu mati kan.
Ratu difahamkan si ‘Piyut’ mati kerana sakit. Raja pun agak terkejut bila Ratu inform kematian kucing kesayangannya ni. Kalau korang nak tau bila Raja & Ratu nak balik lepas menjegah mak Raja tu, si ‘Piyut’ ni akan hantar kami sampai ke kereta. Tapi kini tinggal la kenangan. Kecian ‘Saadiah’ dah tak de kawan.
Tatapan dari,