Pembaharuan diri ke arah positif
Ratu & Raja mula bermotivasi setelah lama menyepi dalam ruangan ini. Lama ke? Now, We’re back. Kembali.. kembali membawa kemenangan. Haha. Ingat nak berperang ke.. Sebelum memulakan khutbah hari ini, CEWAAH!! tanyalah pada diri apa pembaharuan yang nak dicapai?
Adakah kita nak jadi pelajar yang lbh cemerlang? Adakah kita nak naikkan CPA semester ini ATAU
Adakah kita nak jadi pekerja cemerlang untuk rebut pengalaman.. rebut jawatan tinggi. rebut pengiktirafan pekerja cemerlang? ATAU
Adakah kita nak jadi seorang yang berpesonaliti tinggi.. jadi idola orang lain.. berpandangan jauh?
Apakah pembaharuan yang dimahukan?

Kita semua manusia biasa. Betul tak? Bukan semuanya perfect. Betul tak? Adakalanya kita perlukan pembaharuan. Cam ungkapan ni.
Hari ini mesti lakukan yang terbaik dari semalam..
Hari esok mesti lakukan yg terbaik dari hari ni..
Betul tak? Hei, berapa banyak Betul tak da.. Haha. Pembaharuan diri ini melibatkan 4 item iaitu,
Pembaharuan dari segi Fizikal..
Pembaharuan dari segi Mental..
Pembaharuan dari segi Rohani..
Pembaharuan dari segi Jasmani..

Di sini disenaraikan 5 langkah iaitu:
1. KENAL DIRI SENDIRI
Di sini kita perlu kenal siapa diri kita. Apa kelebihan & kekurangan diri? Apa yang mampu & tidak mampu dilakukan? Dari situ kita belajar dari pengalaman lepas..belajar dari kesilapan lepas.. Kemudian, tanamkan semangat untuk mulakan kehidupan baru..
2. SAYANGI DIRI SENDIRI
Belajarlah hormat diri sendiri. Jangan jadi hipokrit & terimalah kekurangan diri seadanya. Dari situ, kita akan rasa selesa dengan apa yang kita ada. KITA BOLEH BERUBAH. Kita boleh buat pembaharuan diri tapi bukan HIPOKRIT.
3. FIKIRKAN APA PEMBAHARUAN YANG NAK DILAKUKAN
Kita bertanggungjawab ke atas diri kita. Jadi, ambilah ruang & sedikit masa bagi diri kita untuk merancang & membangunkan matlamat diri. Dari situ, fikirkan apa pembaharuan yang ingin dilakukan? Apa yang diinginkan? Jangan lupa tetapkan tempoh bilakah matlamat itu akan dicapai?
4. AMBIL TINDAKAN UNTUK PEMBAHARUAN
Sebelum tindakan mula diambil, jangan lupa setiap perkara perlukan perancangan. Dari situlah, kita aturkan tindakan supaya pembaharuan diri tidak menjadi mimpi. Tapi perancangan sahaja tidak cukup tanpa pengurusan masa yang betul & disiplin diri.

5. ADAKAH KITA MENCAPAI PEMBAHARUAN?
Kita perlu mengawal & mengawasi proses & pencapaian yang dibuat. Tindakan perlu dibuat untuk membetulkan keadaan jika ianya tersasar daripada pembaharuan seperti yang diinginkan. Ingat ya, tindakan yang perlu diubah BUKAN pembaharuan yang diinginkan itu diubah.
Waa..banyak tips yang Ratu & Raja bagi ini.. Semoga jadi panduan.
Tatapan dari,