Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, February 26, 2011

Perbarisan Maulidur Rasul..

Baru-baru ini di kawasan kediaman Raja Ratu telah mengadakan program sempena sambutan Maulidur Rasul. Agak seronok juga Ratu melihat aktiviti-aktiviti yang diadakan. Antaranya Pertandingan Perbarisan Maulidur Rasul, Pertandingan Nasyid dan Ceramah Agama. Ratu sempat melihat sendiri Pertandingan Perbarisan yang diadakan. Siap berkompang.. Ada yang siap bersilat.. Rasa seronok Ratu tengok. Hehe.. Tapi Ratu tak dapatlah nak mengikutinya kerana keadaan kesihatan Ratu yang berbadan dua ini.

Ratu tertarik dengan Pertandingan Perbarisan yang diadakan antara Taman-Taman yang berhampiran. Pertandingan bermula selepas Asar.. Dan Ratu tak sangka Taman kediaman Raja Ratu mendapat tempat kedua. Apa-apa pun TAHNIAH RATU UCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG DALAM PERTANDINGAN INI. Pertandingan nasyid pula di adakan antara sekolah manakala ceramah agama diadakan selepas Margrib.

Harapan Ratu semoga aktivit seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan. Hehe..

Tatapan dari

Ramai pula rakan yang mengandung tahun ini..

Emm.. tajuk yang agak menarik perhatian Raja & Ratu. Raja & Ratu juga agak terkejut bila mendapat tahu ramai pula rakan-rakan Raja & Ratu termasuklah jiran kami juga bakal menimang cahaya mata. Emm.. leh buat KELAB atau PERSATUAN IBU MENGANDUNG ni.. hehe.

Perlu ker Ratu senaraikan nama-nama mereka. Hehe.. Nak ker tak nak.. hehe.. Ok lah Ratu akan senaraikan nama-nama mereka iaitu:
  • ROSIE.. Rakan sekerja Ratu..
  • KHALIJAH.. Rakan sekerja Ratu..
  • SARUL RIZAL.. Sepupu Raja
  • FAIZAL.. Sepupu Ratu
  • ILLA.. Jiran Raja & Ratu
  • SHANTI.. Jiran Raja & Ratu
  • PEK TAM Sepupu Ratu
  • WATIE Sepupu Ratu
  • ROHANA Rakan sekolah Ratu
  • EFFIE Sepupu Ratu
Emm.. ramai tak ???? Inilah senarai-senarainya.. Ada beberapa orang yang daripada senarai di atas telah selamat melahirkan cahaya mata mereka baru-baru ini. Apa-apa pun semoga SEMUA IBU-IBU MENGANDUNG SELAMAT MELAHIRKAN CAHAYA MATA MEREKA termasuklah RATU.. SEMOGA BAYI YANG DILAHIRKAN JUGA BERADA DALAM KEADAAN SIHAT DAN SELAMAT.. AMIN.. AMIN.. AMIN.. Kepada pengunjung kami di teratak ini yang juga bakal menimang cahaya mata. Ratu juga doakan yang sama iaitu SUPAYA IBU YANG MENGANDUNG ITU SIHAT & SELAMAT MELAHIRKAN CAHAYA MATA.. DAN SEMOGA BAYI YANG DILAHIRKAN ITU SIHAT DAN SELAMAT.. Doakan Ratu juga ya.. hehe..

Tatapan dari,

Friday, February 25, 2011

Buat BUKU MERAH IBU MENGANDUNG..

Lama sudah Ratu tak update blog ni. Hehe.. Ratu agak sibuk sikit.. Kesihatan Ratu juga agak terganggu sikit sejak kebelakangan ini.. Jadi, harap maklum dan semoga alasan Ratu ini diterima kalian.. Haha..

Hari tu, atas nasihat rakan sepejabat Ratu Rosie, Ratu terus membuat BUKU MERAH IBU MENGANDUNG. Rakan Ratu menasihatkan kepada Ratu tidak perlu tunggu sampai 3 bulan baru hendak daftar di klinik Kerajaan. Jadi, Ratu mengajak Raja menemani Ratu ke Klinik untuk membuat buku. Raja & Ratu pun mengambil cuti 1 hari untuk urusan tersebut. Akhirnya, buku merah telah Ratu terima semasa pendaftaran. Inilah contoh bukunya,
Buku ini akan merekodkan segala keadaan kesihatan Ratu semasa Ratu hamil. Semasa daftar, Ratu perlu tunjukkan kad nikah Raja & Ratu beserta dengan kad pengenalan Ratu. Bila nama di panggil, habis Ratu ditemu ramah. Nak rekod nama Ratu.. nama Raja.. pekerjaan Ratu & Raja.. hehe.. macam-macam lah dia tanya. Waa, top sekejap Ratu. Terasa macam artis pulak. Huhu.. Selepas itu, Ratu kena ambil darah untuk rekod darah Ratu jenis apa.. Harapan Raja & Ratu, semoga Ratu sihat sepanjang tempoh kehamilan ini... AMIN..

Tatapan dari,

Tuesday, February 22, 2011

Alhamdulillah.. Rezeki Raja Ratu tahun ini..

Pertama sekali, agak lama Ratu tak update blog ni. Emm, kesihatan Ratu agak terganggu sejak kebelakangan ni. Harap maklum.. Hehe.. Emm.. tapi cam ner nak mulakan cerita berkaitan tajuk di atas ini pun Ratu tak tahu. Ok cam ni lah.. Ratu perlu ceritakan juga untuk dikongsikan kegembiraan Raja Ratu ni kepada semua pengunjung kami terutama sekali pengunjung setia kami.

Ceritanya bermula kini.. Hehe.. Sebelum Tahun Baru Cina lepas, Raja dah mula LOYA-LOYA.. MUNTAH-MUNTAH.. PENING-PENING.. 2 ke 3 hari selepas tu, Ratu pula yang kena LOYA-LOYA.. MUAL-MUAL.. Ratu pun agak terkejut bila kebetulan pada suatu hari.. walaupun di lokasi yang berlainan.. Raja & Ratu mula makan jeruk mangga pada hari yang sama.. Emm..Ratu & Raja mula mensyaki sesuatu yang berlaku kepada kami. JEN.. JEN.. JEN.. Pada ketika itu, Raja outstation, jadi Ratu menunggu kepulangan Raja. Kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi selagi kami belum mendapat kepastian. CEWAH !!!! berdebar-debar tak korang nak menunggu kesudahan cerita ni.. Hehe..

Pada hari kepulangan Raja, Ratu memngambil keputusan untuk membuat PREGNANT TEST yang Ratu beli di farmasi. Ratu test pagi tu.. Tapi Ratu cepat-cepat simpan balik PREGNANT TEST tu di dalam kotak & tak berani nak tengok keputusannya. Ratu simpan baik-baik kotak tu di dalam laci bilik.

Malam tu Raja sampai di rumah.. sebelum tidur Ratu menarik tangan Raja & mengambil kotak yang mengandungi keputusan kepada jawapan segala persoalan Raja & Ratu. Tapi sebelum buka, Ratu lari dulu.. Haha.. Tak sanggup tengok la konon.. Hehe.. Ya la kami pernah membuat PREGNANT TEST juga sebelum ni tapi keputusannya negatif. Jadi, Ratu agak fobia sikit untuk melihat keputusannya takut keputusan yang sama seperti sebelum ini.

Sebelum buka, Ratu memberitahu Raja kalau keputusannya POSITIF, ada 2 garisan yang akan keluar dari PREGNANT TEST tu. Kalau NEGATIF pula hanya ada 1 sahaja garisan yang akan keluar. Bila Raja buka & lihat sendiri keputusannya. Inilah keputusannya.


Raja dengan gembiranya memberitahu Ratu ada 2 GARISAN pada PREGNANT TEST tu. Ratu terus mendapatkan Raja. Raja & Ratu terus terdiam kegembiraan. TERKAKU SEKETIKA. MULUT TAK TERKATA APA. Apa yang kami tunggukan akhirnya dimakbulkan. Alhamdulillah, rezeki Raja & Ratu tahun ini. Raja terus memeluk Ratu sebagai tanda kegembiraan.

Beberapa hari selepas itu, Raja & Ratu ke klinik untuk mendapatkan kepastian di samping kami ingin juga mengetahui tarikh kelahiran CAHAYA MATA ini. Selepas itu, kami terus memberitahu ibubapa Raja & Ratu bahawa mereka bakal mendapat cucu.

DOA-DOAKAN SEMOGA RATU & KURNIAAN ILAHI INI SIHAT..
DAN RATU DAPAT MELAHIRKANNYA DENGAN SELAMAT..
AMIN.. AMIN.. AMIN..


Tatapan dari,

Friday, February 18, 2011

Laptop BARU SONY VAIO ...

Ratu sebenarnya tidak menyangka dapat memiliki laptop jenama ni.. Tapi bohong lah kalau Ratu katakan keinginan untuk memilikinya tu tiada. Hehe. Ratu ada menyatakan keinginan untuk membeli laptop ni pada Raja. Tapi Raja pula cadangkan untuk membeli laptop jenama Compac-HP ataupun DELL. Emm.. keinginan kami berbeza pula kali ni. Ratu pun berguling-guling.. duduk bawah kerusi menangis.. CEWAH !!! Sanggup ker Ratu berguling-guling ke lantai cam ala-ala Bollywood.. Hehe..

Tapi Ratu tak sangka akhirnya dapat juga Ratu memilikinya. Pada mulanya, Ratu ingat nak ajak Raja untuk 'SURVEY' dulu di kedai-kedai SONY yang menjual laptop.. Tiba-tiba terkeluar pula dari mulut Raja.. Raja kata AMBIL LAH. Nanti dia bayar. Waa.. keinginan Ratu nak melontak sekuat hati pula dah tiba.. Nak menjerit sekuat hati pun dah berkunjung dalam hati Ratu yang cute ni.. hehe.. Tapi Ratu tak melonjak pun.. Apa yang Ratu buat? Ratu menelefon rakan Ratu untuk mendapatkan kepastian. Siapa yang tak takut kalau kena tipu kan.. Takut harganya mahal dan tak berbaloi dengan produk yang ditawarkan kepada Raja Ratu. Setelah mendapat kepastian & kenyakinan dari rakan-rakan Ratu yang mempunyai pengetahuan dalam bidang IT & komputer ni, Ratu pun terus membeli laptop tersebut.

Yang pening Raja lah kerana perlu mengeluarkan duit untuk membayar laptop tu. Tapi Ratu suka.. suka kerana dapat memiliki laptop baru.. HOREY !!!! HOREY !!! Semoga laptop baru banyak memberikan kemudahan kepada kami.. AMIN.. Hehe. Pastinya Ratu akan menjaganya dengan baik.

TERIMA KASIH RATU HATIKU SAYANG.. Hehe...

Tatapan dari,

Thursday, February 10, 2011

Rahsia BULAN LAHIR (Jan - April ) !!!!

Kali ini dalam segmen MOTIVASI.. Raja & Ratu nak kongsikan rahsia diri kita dari segi personaliti.. sikap.. tingkah laku.. Jangan takut.. ok.. Kajian ini telah dilukan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr Hj Fazilah Kamsah.. hehe.. Jadi, kaji lah diri korang melalui bulan lahir korang ya..

BULAN JANUARI..
* Seorang yang bercita-cita tinggi & orangnya serius, suka mendidik & di didik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang & suka mengkritik.
* Rajin & setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka kepada kecantikan, kekemasan & teratur.
* Bersifat sensitif & berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Pemalu orangnya & mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.


BULAN FEBRUARI..
* Berfikiran abstrak & sukakan benda yang realiti & abstrak.
* Bijak & pintar tapi berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain dan agak diam.
* Pemalu & rendah diri... Jujur & setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat & tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong & suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka & sangat sensituif.
* Mudah mempamerkan marahnya & tidak suka pada benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani & suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan & ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam serta suka hiburan & sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luarannya.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.. amat mudah & boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi & perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi.


BULAN MAC..
* Berpesonaliti menarik & menawan serta mudah didampingi.
* Sangat pemalu & pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah & mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan & alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian & sangat peka kepada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat pada orang lain.
* Tidak cepat marah & sangat amanah.
* Tahu membalas & mengenang budi.
* Pemerhatian & penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan & suka melancong.
* Sangat manja & suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Sangat kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka pada hiasan rumah tangga.
* Mempunyai bakat seni dalam bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa & menarik.
* Jangan terlalu mengikut selera & perasaan.


BULAN APRIL..
* Sangat aktif & dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik & pandai menjaga diri.
* Mempunyai daya mental yang sangat kuat & suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk).
* Berkawan & pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani & tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, bersifat pengasih, penyayang, sopan-santun & pemurah.
* Emosi cepat terusik tapi pandai cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif & kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Mempunyai gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri & memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit di sekitar kepala & dada.
* Sangat cemburu & terlalu cemburu.

Ini yang dapat Ratu dedahkan terlebih dahulu. Jumpa nanti di episod yang akan datang.. CEWAHH !!! dengan sambungan rahsia bulan kelahiran dari bulan Mei hingga Ogos.. TUNGGU !!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267