Selamat Tinggal Tahun 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu. Masa berlalu dengan begitu pantas kan. Sedar-sedar sudah mula hendak menjejak kaki ke tahun 2017. Inilah yang dikatakan masa itu emas. Ia akan mengejar ke hadapan dan kalau kita terleka, kita akan ketinggalan. Ish !!! Bermadah pula Ratu kali ini. Hehe..
Bagaimana dengan matlamat dan perancangan korang pada tahun ini. Sudah tercapai ke belum. Raja dan Ratu agak tergelincir sedikit pada tahun ini. Ada yang masih belum dapat kami kejar untuk tahun ini.
Sepanjang tahun 2016 ini di zaman ekonomi yang gawat ni, boleh dikatakan semua barang naik kan. Walaupun minyak ada kala turun, tapi barang keperluan harian tetap naik kan. Pelik memang pelik, Kecewa memang kecewa. Tapi kita tarik nafas dalam-dalam, biar apapun kita kena tempuh jua. Mana dengan penetapan GST.. Kenaikkan harga minyak masak.. Kenaikkan kos pengeposan dan pelbagai lagi harga barang dan perkhidmatan yang telah dinaikkan.
Bagi Raja dan Ratu, tahun ini adalah tahun ujian buat kami. Ada beberapa perkara yang kami tempuhi sepanjang tahun ini. Tapi Alhamdulillah, kami berjaya tempuhi dengan tangan tergengam erat bersama. Ratu percaya Allah uji untuk didik hati kita untuk jadi lebih kuat. Raja dan Ratu bersyukur walaupun kami tergelincir sedikit, kami dapat menempuhnya dengan tenang. Raja Ratu percaya tembok halangan yang ada ni kami kena rempuh dan pecahkan. Yang pasti ada kejayaan menanti di hadapan dan Ratu yakin 2017 ada sinar kejayaan menunggu kehadiran kami.
Moga tercapai hendaknya.. Bukan sahaja impian Raja Ratu tapi impian anda semua untuk tahun 2017.. Amin.. Amin.. Amin..
Moga tercapai hendaknya.. Bukan sahaja impian Raja Ratu tapi impian anda semua untuk tahun 2017.. Amin.. Amin.. Amin..
Tatapan dari,