Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Tuesday, May 31, 2016

Burung Gagak Membuat Bising Di Pagar Rumah

Hari ini Ratu agak sibuk sedikit membuat sarapan dan memasak di rumah sebab Raja hari ini akan berangkat ke Singapura atas sebab kerja. Jadi, Ratu sibuk sedikit dengan persiapan menu makanan dan ingin mengemas pakaian Raja pula nanti. 

Tatkala Ratu tengah sibuk memasak, tiba-tiba seekor burung gagak datang bertenggek di pagar rumah Ratu dan membuat bising. Ratu yang pada ketika baru habis masak 1 lauk tergamam seketika dengan kehadiran burung gagak tu. Besar jugak burung tu. Dia membuat bising di atas pagar dapur rumah Raja Ratu. Kebetulan Ratu masak di dapur luar. Jadi, bila burung gagak ni datang, terus Ratu berhenti masak.

Lama jugak burung ni membuat bising. Raja memaklumkan pada Ratu, orang tua-tua cakap kalau gagak ni membuat bising tandanya ada orang yang kita kenal akan meninggal dunia dalam masa terdekat. Allah Hu Akbar. Minta dijauhkan berita yang tidak baik ni dari keluarga Raja Ratu. Ratu terus teringat akan bapa rakan Ratu yang telah dimasukkan ke bospital dan bapa saudara Ratu yang berkemungkinan akan membuat pembedahan nanti. Ratu terus sedekahkan fatihah, mohon mereka ini kembali pulih seperti sediakala.



Bila burung gagak ini terbang jauh, barulah Ratu sambung masak balik sampai siap menu tengah hari hari ini.

Tatapan dari,

Monday, May 23, 2016

Acuan Simen Dari Pelanggan RR Raudah

Assamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu. Kali ini Ratu ingin kongsikan antara gambar-gambar acuan yang dikongsikan dari pelanggan-pelanggan kami di RR Raudah. 

Ini adalah gambar dari pelanggan RR Raudah dari Melaka,


Ini pula gambar dari pelanggan RR Raudah dari Sarawak,


Ini juga dari Sarawak,


Ini pula gambar dari salah seorang pelanggan RR Raudah dari Kelantan,


Ini pula gambar dari pelanggan RR Raudah dari Tangkak, Johor.


Ada banyak lagi gambar dari pelanggan kami dari pelbagai negeri. Semuanya Ratu kongsikan di page facebok RR Raudah.

Untuk melihat lebih banyak gambar silalah ke page facebook kami RR Raudah
Berminat ?? Boleh juga menghubungi Ratu di talian 012-6844870 Ely
Boleh

Tatapan dari,

Sunday, May 15, 2016

Hadiri Majlis Perkahwinan Sepupu Ratu

Hari ini Raja dan Ratu bersama-sama ibubapa Ratu menghadiri Majlis Perkahwinan salah seorang sepupu Ratu Intan di Johor Bahru. Majlis Perkahwinan tidak diadakan di rumah bapa sedara Ratu tapi diadakan di salah sebuah kawasan yang agak ekslusif sehinggakan Ratu pun lupa nama kawasan itu. Huhu..

Kami berkumpul di rumah ibu saudara Ratu sebelum kami bertolak beramai-ramai ke Majlis Perkahwinan tersebut. Bapa saudara Ratu ini menggunakan khidmat katering dalam penyediaan makanan untuk para tetamu. Jadi, Raja dan Ratu pun tidak kelam kabut ke Johor Bahru. Kalau masak sendiri kenalah Raja dan Ratu bergerak sehari sebelum majlis bagi membantu mana yang perlu untuk kelancaran majlis itu nanti. 

Sempat juga kami berposing sebelum makan,


Ini pula gambar ke 2,


Sedap juga masakan dari katering yang diambil oleh bapa sedara Ratu ini. Apa-apaun Raja dan Ratu ingin ucapkan tahniah kepada Intan dan suami. Semoga cepat menimang cahaya mata nanti. Semoga berkekalan hendaknya hingga akhir hayat. Ratu mohon maaf kerana gambar pengantin agak kabur dan tidak dapat dikongsikan di sini. Huhu. Maaf Intan.

Tatapan dari,

Sunday, May 8, 2016

Mengelap Rumah

Aktiviti Raja Ratu pada bulan ini di hujung minggu adalah mengelap rumah. Huhu. Ratu malas hendak sibukkan diri di bulan Ramadhan nanti. Jadi, kami sibukkan diri pada bulan ini. Huhu.. Maklumlah mana hendak mengelap rumah Raja Ratu.. Mana hendak mengelap rumah ibubapa Ratu lagi nanti. Jadi, lebih baik Ratu penatkan diri Ratu pada bulan ini sebab bulan depan dah masuk bulan Ramadhan. hUHU..

Bila tiba sahaja hujung minggu, Raja dan Ratu berpecah dengan tugas masing-masing. Ratu mula mengelap tingkap, mengemas, membasuh langsir. Emm.. dah macam raya pulak. Raja pula memotong rumput karpet di luar rumah, memasak dan melayan karenah si kecik. Emm.. Nasib baik Raja pandai memasak. 

Begitulah rutin harian dah hujung minggu. Jenuh juga mengelap rumah baru kami ni. Bila penat berehat sekejap. Malam minggu kami bersiar-siar dan ada masanya kami mula packing acuan untuk diuruskan pengeposannya kepada pelanggan kami.

Bila habis selesai rumah Raja Ratu. Ratu beralih ke rumah ibubapa Ratu pula. Huhu.. Bila mengosok langsir rumah tu terasa macam dah nak raya pula. Huhu.. Maklumlah kalau dulu, Raja Ratu belum memiliki rumah. Jadi Ratu hanya mengemas dan mengelap rumah ibubapa Ratu saja. Jadi, Ratu biasanya melakukan aktiviti ini dalam bulan puasa, baru terasa kemeriahan membersihkan rumah. Tapi kali ini, Ratu perlu membersihkan 2 buah rumah. Rumah mertua Ratu dalam proses pengubahsuaian. Jadi, Ratu tidak risau sangat. 




Inilah aktiviti hujung minggu yang memenatkan. hUHU.. Tapi walaupun terasa penatnya, kami seronok melakukan bersama-sama. 

Tatapan dari,

Thursday, May 5, 2016

Hasil Pemasangan Wallpaper Dari Pelanggan RR Raudah

Alhamdulillah, Ratu terima whatsapp dari pelanggan Ratu yang kongsikan gambar hasil pemasangan wallpaper di rumahnya. Kali ini puan Ima membeli 5 roll wallpaper dari RR Raudah. 

Inilah gambar hasil pemasangan wallpaper di rumahnya,


Cantikkan. Bila wallpaper ini sudah pasang ianya nampak kemas, elegan dan mewah. Itulah kelebihan wallpaper kali ini yang mudah dipasang dan menjimatkan. Tidak perlu upah orang untuk pemasangan kerana kita sendiri boleh memasangnya. 

Wallpaper yang diambil oleh Puan Ima adalah dari kod 199,


Ada pelbagai design wallpaper dari pelbagai kategori. Ada design kartun.. bunga.. abtstrak.. batu-bata..

Jika berminat untuk melihat pelbagai lagi design wallpaper dari RR Raudah,
Boleh menghubungi Ratu --> 012-6844870 Ely
Boleh

Boleh juga singgah di page --> RR Raudah
Sudi-sudilah LIKE page ini supaya anda tidak ketinggalan mengikuti perkembangan termasuklah promosi-promosi terkini dan design-design terbaru dari RR Raudah

Tatapan dari,

Sunday, May 1, 2016

Aktiviti Bersama Sedara Mara Dari Johor

Sebelum itu, Ratu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh kepada semua dan selamat bercuti. Seronok kan bila dapat bercuti panjang macam ni, 

Cuti panjang ni Raja dan Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu dan ibubapa Ratu penuhkan aktiviti bercuti dengan sedara mara dari Johor di Melaka. Kami bermain air di Taman Tema Air Melaka Wonderland Theme Park Resort.



Sebelah malam pula, sepatutnya pergi menaiki Beca dan Menara Taming Sari serta berjalan-jalan di sekitar Up Town. Tapi oleh kerana sudah kepenatan bermain air di Taman Tema Air, perancangan itu terpaksa dibatalkan. Huhu.

Keesokkan hari, kami bersiar-siar di Zoo Melaka. Perancangan awal sepatutnya kami ke Taman Rama-Rama dan The Shore Sky Tower. Tapi ditangguhkan kerana ibu saudara Ratu sakit kaki. Jadi, tidak dapat berjalan jauh. 

Ini antara gambar yang diambil,


Ini gambar ke 2, 


Satu keretapi ini kami booking untuk kami sekeluarga. Huhu. Seronok memang seronok. Bila sudah kepenatan kami pun pulang. Di sebelah petang, kami berangkat pulang ke destinasi masing-masing.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267