Taman Rama-Rama lagi..
Pergi Taman Rama-Rama lagi. Emm, beberapa bulan yang lepas Raja Ratu ada pergi ke Taman Rama-Rama di Kuala Lumpur untuk mengisi masa lapang. Mengisi masa lapang? Emm, ok tak jawapan tu.. hehe. Ini kes dah tak tahu nak buat apa. Apa yang Raja Ratu suka ialah berjalan-jalan. Ahaks. Tapi kali ini kami bukan pergi ke tempat yang sama, tapi lokasi kami kali ini adalah di Taman Rama-Rama di Melaka.
Kali ini Raja Ratu bukan pergi berdua tapi berempat iaitu bersama-sama dengan sepupu Raja. Sepupu Raja juga sudah tak tahu nak buat apa di masa lapang. Emm, jadi kami berempat bercadang ke Taman Rama-Rama di Melaka. Dalam perjalanan kami ke sana, kami singgah dulu makan Mc Donalds. Hehe. Kena lah kenyangkan perut dulu sebelum berjalan.
Sampai di sana, beli tiket dan lekatkan di baju. Seronok juga tengok landskap & pelbagai binatang di dalam kawasan Taman Rama-Rama ni. Tapi sayangnya, makanan ikan telah habis dijual. Baru ingat nak bagi ikan-ikan ni makan. Inilah antara binatang yang sempat diambil.
Ini pula gambaran yang kedua.Pelbagai jenis ular juga ada di paparkan di taman ini dari pelbagai jenis dan kategori bisanya. Setelah penat berjalan. Kami pun pulang dengan hati yang girang. Ingatkan nak rayau ke zoo ker.. Taman Buaya ke.. Emm, nampaknya masa telah mencemburi kami. Tak kasi kami merayau lagi. Kenalah kami balik. Emm, Ratu terfikir juga ni, ada ker Taman kucing yek. Kalau ada, pastinya Raja & Ratu akan habiskan masa kami di Taman ini. Pastinya kami akan bawa Si BABY kesayangan kami ini.MEOW !!! MEOW !!! MEOW !!! hehe.. Tapi memang ada ker Taman Kucing?
Tatapan dari,