SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN Raja Ratu..
Tanggal 04 Januari 2011, genaplah..... xxx tahun Raja & Ratu menjalani kehidupan kehidupan sebagai Raja & Ratu.. Hehe.. Ya la Ratu menjadi RATU DI HATI RAJA. dan Raja menjadi RAJA DI HATI RATU. Atau dengan erti kata lain menjalani kehidupan sebagai suami isteri.
Pada mulanya, Ratu ingatkan Raja lupa akan tarikh ini. Tapi tepat pukul 12.00 mlm. Raja dah call Ratu untuk sambut Ulang Tahun Perkahwinan Raja & Ratu. Raja & Ratu sambut melalui telefon saja dulu, sebab Raja tiada bersama Ratu pada ketika itu. Raja outstation. Emm.. apa boleh buat.
Sudah pastinya bila diimbas kembali detik Raja & Ratu semasa diijab kabulkan.. Semasa malam berinai.. Semasa Majlis Persandingan di rumah Raja & Ratu.. Pastinya kenangan itu masih segar mekar di dalam ingatan Raja & Ratu.
Bila Raja pulang dari outstation, kami makan ikan bakar bersama di sebelah malam dan makan makanan barat di sebelah tengah hari. Perancangan untuk BERBULAN MADU pula akan menyusul pula nanti. Insya Allah..
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA..
SEMOGA KITA BERJAYA DENGAN APA YANG KITA CAPAIKAN..
AMIN.. AMIN.. AMIN..