Tips ketika menghadapi kegagalan...
Dalam episod motivasi ini, Raja Ratu ingin memberi petua yang boleh kita ikuti ketika menghadapi kegagalan diri:-
a) Hendaklah kita duduk dengan tenang selama sejam setiap hari. Lakukanlah demikian selama beberapa hari. Dari situ kita mungkin dapat menyemak semula dengan hati-hati dan sabar segala sejarah hidup kita di zaman lampau. Mulakan dengan mengenang peristiwa kita semasa kecil, kemudian beransur hingga dengan peristiwa hidup selanjutnya hingga ke zaman sekarang untuk mencari peristiwa tertentu yang dapat melahirkan semangat diri ini.
b) Mencurahkan kekecewaan kepada seorang sahabat secara berterus terang terutama sekali mereka yang berpengalaman dalam masalah-masalah yang berkaitan. Dari situ kita dapat membetulkan dan memperbaiki titik kelemahan diri kita.
c) Berdiri depan cermin dan bercakap atau bercerita dengan bayang-bayang sendiri. Dengan ini perasaan kita akan rasa tenang. Ada oarang dapat berbuat demikian selama beberapa minit sahaja. Kemudian dia hilang kesabaran, kemudian dia meneriak di hadapan cermin, "AWAK AKAN BERJAYA"

Diharapkan tips ini dapat memberi manafaat kepada semua pengunjung TERATAK ISTANA RAJA RATU ini.
Tatapan dari,