Mula Membeli Barangan Baby Raja Ratu
Kini usia kandungan Ratu sudah mencecah 7 bulan lebih. Ratu terus mengajak Raja untuk membeli barang keperluan bagi menyambut cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti. Atas kesibukan masing-masing, Raja Ratu akhirnya mengambil keputusan bercuti 1 hari dan habiskan masa bersama untuk membeli barang keperluan mana yang penting. Maklumlah Raja nak outstation. Bila Raja mengambil cuti, Ratu juga perlu mengambil cuti untuk selesaikan urusan sebegini. Lagipun bulan Ramadhan bakal menjelma. Dengan keadaan Ratu sebegini sudah semestinya Ratu perlu mengurangkan aktiviti di bulan Ramadhan.
Sebelum beli, Raja Ratu mendapatkan khidmat nasihat rakan bagi mengetahui barang apa yang perlu dibeli. Maklumlah Raja Ratu ni tiada pengalaman membeli barangan BABY kerana ini adalah cahaya mata kami yang pertama. Atas nasihat rakan Ratu, inilah barangan yang Ratu beli :-
a) Tuala mandiSebelum beli, Raja Ratu mendapatkan khidmat nasihat rakan bagi mengetahui barang apa yang perlu dibeli. Maklumlah Raja Ratu ni tiada pengalaman membeli barangan BABY kerana ini adalah cahaya mata kami yang pertama. Atas nasihat rakan Ratu, inilah barangan yang Ratu beli :-
b) Selimut bayi
c) Mangkuk mandi bayi
d) Tilam dan bantal bayi
e) Tikar getah untuk alas bayi selepas mandi dan bersihkannya jika buang air kecil atau besar
f) Beberapa helai pakaian siang dan malam
g) Kelambu bayi
h) Napkin
i) Lampin pakai buang
j) Termos kecil
k) Tisu basah
l) Sarung kaki dan tangan
m) Botol susu
n) Tuala kecil
o) Minyak UE
p) 1 set mandian yang mengandungi syampoo, bedak, shower, losyen
q) Barut
Moga-moga barangan ini cukup untuk keperluan cahaya mata Raja Ratu nanti selepas lahir. Kalau tidak cukup nanti, pastinya Raja Ratu akan beli kemudian. Hehe..
Tatapan dari,