Puteri Raja Ratu Genap Sebulan Kini
Tanggal 22 Oktober 2011, genaplah sebulan umur puteri Raja Ratu. Dengan erti kata lain, Ratu sudah sebulan berpantang. Emm.. lagi 14 hari lagi nak habis berpantang ni. Ratu sudah tidak sabar menunggu hari kebebasan Ratu.. Hari Kemerdekaan Ratu.. Haha.. Selepas itu, Ratu boleh la makan apa sahaja.. Boleh bersiar ke mana sahaja.. Hehe.. Tidak sabar rasanya. Oklah, kita berbalik semula kepada tajuk asal kita. Hehe.. Sudah terpesong dah ni.
Sebenarnya, jururawat dari klinik kerajaan yang berhampiran dengan rumah ibubapa Ratu ada datang ke rumah untuk membuat lawatan kesihatan ke atas Ratu dan puteri Ratu pada hari Jumaat, 14 Oktober 2011. Alhamdulillah, kesihatan Ratu dan puteri Raja Ratu baik. Dari situ, jururawat itu menetapkan tarikh 24 Oktober 2011 sebagai tarikh yang mana Ratu dan puteri Ratu perlu datang ke klinik untuk rawatan susulan. Sepatutnya, Ratu perlu hadir ke klinik pada 22 Oktober 2011. Tapi memandangkan tarikh ini jatuh pada hari Sabtu, jadi tarikh rawatan ini dipinda dari hari Sabtu ke hari Isnin.
Macam mana Ratu nak ke sana? Mestilah Raja yang bawakan. Ratu kan dalam pantang lagi. Jadi, tidak boleh memandu kereta dahulu. Ratu pula pada hari tersebut dilayan bagaikan permaisuri oleh Raja. Hehe.. Tolong bukakan pintu kereta bila Ratu hendak keluar dan masuk kereta. Itu jer.. Sebab Ratu masa tu tengah peluk puteri Raja Ratu. Inilah gambar puteri Raja Ratu. Ketika ini puteri Raja Ratu berusia lebih kurang 2 minggu lebih.
Tiba di klinik, puteri Raja Ratu:-
a) Ditimbang berat badannya. Waduh, bajunya dibuka semuanya. Kemudian diletakkan di tempat timbang. Ratu tengok berat badannya sudah naik dari 3.2 kg semasa lahir kepada 4.3 kg. Waa !!! Bagus tu SAYANGKU.. Sudah naik lebih 1 kg.
b) Diukur panjang badannya.. lilitan kepala dan badannya.
c) Diberi suntikan 1 bulan.
d) Diperiksa dari segi anggota badan..
*** Tengok tangannya boleh genggam ke tidak bila jari kita diletakkan di telapak tangan bayi. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU GENGGAM
*** Tengok ada ruam ke tidak di seluruh anggota badan. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU TIADA RUAM
e) Diperiksa kepekaan organ deria badan..
*** Dicampakkan barang mainan untuk lihat adakah mudah terperanjat ke tidak. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU TIDAK TERPERANJAT
*** Digerakkan mainan di hadapan matanya untuk lihat adakah matanya tunjukkan tindak balas. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU PANDANG MAINAN TU
*** Digerakkan mainan di sebelah telinganya untuk lihat adakah bayi akan menoleh ke arah mainan. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU MENOLEH
*** Dicampakkan barang mainan untuk lihat adakah mudah terperanjat ke tidak. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU TIDAK TERPERANJAT
*** Digerakkan mainan di hadapan matanya untuk lihat adakah matanya tunjukkan tindak balas. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU PANDANG MAINAN TU
*** Digerakkan mainan di sebelah telinganya untuk lihat adakah bayi akan menoleh ke arah mainan. KEPUTUSAN : PUTERI RAJA RATU MENOLEH
Alhamdulillah, puteri Raja Ratu menunjukkan perkembangan yang baik. Kemudian, Ratu pula diperiksa dari segi tekanan darah.. berat badan.. HB darah.. dan ujian air kencing. Setelah semuanya selesai, Raja pun membawa Ratu dan puteri kami pulang.
Tatapan dari,