Mula Berpantang
Hari ini 23 September 2011, bermula pengalaman baru dalam kehidupan Ratu selama hampir 2 bulan iaitu berpantang. Seperti mana yang diketahui, inilah tempoh yang perlu dilalui oleh mereka yang menimang cahaya mata. Ia bermula dengan tempoh mengandung selama 9 bulan. Kemudian perlu melalui waktu bersalin dan akhir sekali tempoh berpantang selama 44 hari. Ratu rasa untuk melalui semua ini memakan masa hampir setahun kan.
Berpantang adalah satu tempoh untuk baikpulih kesihatan anggota badan setelah melalui proses mengandung dan bersalin. Ratu pun tidak tahu seronok ke tidak berpantang ni. Ada yang kata seronok.. Ada yang kata tidak.. Entahlah. Ratu baru merasainya. Tapi Ratu rasa macam tidak seronok je. Makan itu tidak boleh.. Makan ini tidak boleh.. Tidak boleh angkat benda berat.. Tidak boleh memandu.. Emm.. Ratu dapat MC 2 bulan.. Ini bermakna Ratu mula bekerja pada hujung bulan November 2011. Tu yang seronok tu.. Inilah MC yang Ratu terima.Raja Ratu mengambil keputusan untuk berpantang di rumah ibubapa Ratu. Dalam tempoh permulaan berpantang ini, ibubapa Ratu menguruskan tentang siapa yang akan mengurut Ratu.. Siapa yang akan membasuh uri.. Uri yang dibasuh itu nanti akan ditanam. Kemudian setiap hari sebelah petang akan dihidupkan bara api dan diletakkan di atas tanah di tempat di mana ditanam uri tersebut.
Apapun Ratu ucapkan SELAMAT BERPANTANG kepada semua ibu-ibu khususnya pengunjung TERATAK ISTANA INI yang turut sama berpantang bersama Ratu. Hehe.. Semoga Ratu dapat menjalankan tempoh berpantang dengan baik dan tidak mengalami sebarang bentan.. AMIN.. AMIN.. AMIN..
Tatapan dari,