Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, February 20, 2014

Menjaga Cat Pada Kereta Baru

Saya ada terbaca mengenai tips penjagaan kereta. Saya tertarik dengan artikel ini dan saya ingin kongsikan di sini.

Bagaimana cara untuk menjaga cat kereta baru supaya cat dapat bertahan lama? Cat baru pada kereta lama berbeza dengan cat pada kereta yang baru keluar dari kilang. Cat pada kereta yang baru sudah menjalani proses penyembuhan atau 'curing' dalam kilang. Cat baru mengambil masa sehingga 30 hari untuk proses tersebut.

Antara tips menjaga cat pada kereta,
1.  Elakkan meletak kereta di bawah pokok kerana getah pokok, daun dan tahi burung boleh meninggalkan kesan pada cat.

2.  Jauhkan kereta dari terkena embun kerana embun mengandungi asid dan jika kereta terpaksa berembun bilas dengan air sebelum embun itu kering. 

3.  Cuci kereta dengan syampu yang berkualiti dan jangan cuci kereta di bawah matahari terik.

4.  Keringkan secepat mungkin dengan kain lembut kerana jika air dibiarkan kering pada cat baru ianya akan meninggalkan kesan pada cat.

5.  Enam bulan sekali 'wax' dan polish' cat tersebut dengan 'polish' yang berkualiti.

Apa perbezaan 'wax' dan 'polish' serta kegunaannya?

'Wax' atau lilin dalam bentuk semula jadi datang dalam pelbagai rupa seperti lilin sayuran, Carnauba dan lebah. Lilin yang paling popular digunakan dalam industri automotif adalah Carnauba. Ini kerana ia hampir tidak larut dalam air dan tidak cepat hilang selepas basuh atau terkena hujan serta mempunyai takat cair 82 hingga 86 darjah celcius.

Pengilap atau 'polish' adalah produk yang menggunakan tindakan kasar untuk membuang lapisan sangat halus bagi meratakan permukaan, sekaligus membuatkan ia berkilat. Bagaimanapun, produk itu didatangkan dalam pelbagai peringkat penghakisan daripada sederhana kepada ultra halus. Sebelum dipolish, kereta hendaklah dibasuh bersih dengan menggunakan shampu kereta dan dilap sehingga kering. Kereta jangan dipolish di tengah panas dan elakkan polish terkena pada bahagian cermin, krom dan plastik.

Diharapkan tips dapat membantu dan berguna kepada kita semua.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267