Kemungkinan Kapal Terbang MH 370 Berpatah Balik
Pengumuman Perdana Menteri Kali ini lebih kurang jam 2.00 petang pada 15 Mac 2014 memaklumkan bahawa berkemungkinan besar pesawat MH 370 berpatah balik menuju ke Selat Melaka. Cuma ianya menjadi tanda tanya dan teka teki pelbagai pihak.
Kenapa kapal terbang berpatah balik?
Adakah kapal terbang ini dirampas atau disabotaj?
Kenapa Kapten Zahari tidak menghantar isyarat?
Ini adalah pengumuman yang disampaikan oleh Perdana Menteri,
Menurut Ketua Polis Negara, kemungkinan besar MH 370 hilang akibat,
a) Rampasan
b) Sabotaj
c) Masalah Psikologi Penumpang Dan Anak Kapal
d) Masalah Peribadi
Oleh itu, misi mencari dan menyelamat dipecahkan kepada 2 koridor iaitu:
a) Koridor Utara yang meliputi perbatasan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga bahagian utara Thailand.
b) Koridor Selatan yang meliputi Indonesia hingga ke bahagian Selatan Samudera Hindi.
Inilah antara gambar-gambar mereka yang berada di dalam pesawat MH 370.
Marilah kita sama-sama berdoa agar semua penumpang MH 370 selamat. Amin.
Tatapan dari,