Jalan-Jalan Di Zoo JB
Beberapa hari lepas, atuk Ratu ada datang ke rumah ibubapa Ratu. Niatnya ingin mengajak ibubapa Ratu ke rumah ibu saudara Ratu di Johor Bahru. Katanya hendak tengok cicitnya yang baru dilahirkan.
Ratu pun ikut sama bersama-sama Puteri Raja Ratu dan ibubapa Ratu. Tambahan lagi, buat masa ini Raja pula outstation dan kini berada di Johor Bahru. Jadi, Ratu mengambil kesempatan ini ingin berjumpa dengan Raja. Sampai sahaja di Johor Bahru, sepupu Ratu baru hendak ke hospital menjemput isterinya dan anaknya yang no 2 yang baru dilahirkan. Tahniah !!! Dapat anak lelaki. Seronoknya. Sepupu Ratu ini sudah ada anak lelaki dan anak perempuan. Anaknya yang pertama adalah perempuan manakala orang baru kali ini adalah anak lelaki. Waa, beruntungnya. Raja dan Ratu pun inginkan anak lelaki jika diizinkan dariNYA. Huhu.
Selepass Ratu melihat orang baru yang baru sampai di rumah, sepupu Ratu mengajak Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu ke Zoo JB. Emm.. Seronok juga. Ratu pun bersetuju. Setiba sahaja di zoo tersebut, Ratu amat terkejut dengan jumlah bayaran tiket masuknya. Melopong kejap la mulut ni. Mana tidaknya, harga tiket RM2 seorang dan kanak-kanak hanya RM1 seorang. Ratu rasa kalau di negeri lain, tiket untuk masuk zoo tidak dapat harga seperti ini.
Bila masuk zoo ini, sudah semestinya yang paling gembira sekali adalah Puteri Raja Ratu. Berpeluh jugala Ratu melayan karenahnya. Ini gelagatnya ketika melihat arnab. Bukan tahu takut Puteri Raja Ratu ini. Ratu rancang nak ambil gambar bersama-sama arnab. Emm.. terus batalkan sahaja apabila melihat Puteri Raja Ratu mengejar arnab ini.
Ini pula gambar kedua,
Setelah puas bermain dengan arnab, Ratu pun membasuhkan tangan Puteri Raja Ratu dengan sabun yang disediakan di situ.
Ini pula gelagatnya melihat unta. Di zoo ini, pengunjung diberikan kebenaran untuk memberi makanan yang disediakan kepada unta. Tapi makanannya ini kenala bayar dengan harga RM2 semangkuk. Inilah antara gelagatnya.
Ini pula gelagatnya yang kedua,
Memang seronok dan rasa puas di zoo JB ini. Ratu bersama Puteri Raja Ratu, Faiz dan Amani keluar dari zoo dengan penuh dahaga dan kepenatan. Tapi memang terbaik dan Ratu bagi 5 bintang. Huhu.