Buka Akaun Perniagaan Di Maybank
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Emm, Ratu pun dah sihat sedikit. Kali ini Ratu akan laksanakan tugas Ratu untuk membuka akaun perniagaan di Maybank. Sebenarnya, hasrat untuk membuka akaun ini telahpun Ratu cadangkan pada bulan lepas. Tapi oleh kerana kesihatan Ratu yang tidak mengizinkan, jadi Ratu tangguhkan dulu. Kali ini, Ratu kena selesaikan tugas dan keinginan Ratu ini.
Prosedur buka akaun perniagaan di Maybank ini tidak sama seperti bank lain. Sebelum ini Ratu memang telahpun membuka akaun di CIMB. Prosedurnya lebih mudah berbanding dengan Maybank. Tapi, Ratu rasa Ratu kena buka akaun perniagaan di Maybank bagi memudahkan pelanggan-pelanggan Ratu membuat pembayaran khususnya pembayaran untuk barang-barang yang ingin mereka beli termasuklah wallpaper, aurawhite, stemcell, auramen dan buku Mudahnya Menjemput Rezeki secara online. Sebelum ini, pelanggan-pelanggan Ratu membuat pembayaran melalui akaun perniagaan CIMB yang telah lama dibuka. Tapi ada juga yang ingin membuat pembayaran melalui akaun Maybank. Jadi, Ratu terpaksa berikan no akaun personal Ratu. Bila mereka sudah 'bank in', tugas Ratu pula hendak pindahkan duit yang telah mereka masukkan ini ke akaun perniagaan Ratu di CIMB. Jadi, agak leceh sedikit. Bila sudah buka akaun perniagaan ini di Maybank. Ianya lebih memudahkan.
Di maybank ini, prosedur membuka akaunnya agak leceh sedikit bagi perniagaan enterprise seperti Ratu ini. Ianya tidak seperti di CIMB. Maybank inginkan Ratu carikan rakan-rakan yang telah membuka akaun perniagaan di Maybank dan dapatkan tandatangan mereka sebagai jaminan kita untuk membuka akaun ini. Ratu pun agak pelik, kenapa kena cari mereka ??? Emm.. Tak per la. Cabaran ini Ratu sahut. Nasib baik ada rakan yang membuka akaun perniagaannya di Maybank. Jadi tugas Ratu lebih mudah kini.
Sekarang untuk pelanggan-pelanggan Ratu, anda semua boleh membuat pembayaran untuk pembelian wallpaper, aurawhite, stemcell, auramen dan buku Mudahnya Menjemput Rezeki secara online. Anda kini sudah boleh membuat pembayaran melalui akaun perniagaan Ratu yang telahpun dibuka di Maybank dan CIMB Bank.
sila layari ruangan facebook Ratu -->; RR Raudah
atau boleh menghubungi Ratu --> 012-6844870 Ely
Tatapan dari,