Rombongan Cik Kiah
Semalam Ratu terlibat dengan Rombongan cik kiah di Shah Alam. Sebenarnya kali ini sepupu Ratu ini, Farahana melangsungkan majlis persandingan di rumah pengantin lelaki. Beberapa minggu lepas, majlis diadakan di rumahnya di Johor Bahru. Kali ini, majlis persandingan diadakan di rumah sebelah lelaki pula. Ratu pun turut hadir bagi meramaikan lagi rombongan cik Kiah. Raja tidak dapat menghadirkan diri atas sebab kesibukan kerja. eMMM..
Kira-kira pukul 12.45 tengah hari kami pun mula bergerak ke rumah pengantin lelaki. Tiba-tiba adik pengantin lelaki meminta kami mengikutinya ke Masjid Shah Alam dan berkumpul di sana bersama-sama kumpulan kereta Myvi. Emm, kena join ker ??? Emm, tak per la. Kita kasi layan jer sebab ini atas kehendak pengantin lelaki. Mungkin dia hendak buat kenangan kan. Kita ikutkan jer kehendak Raja Sehari ni.
Sampai di kawasan berhampiran dengan Masjid Shah Alam. Kitaorang berkumpul sambil menunggu beberapa buah kenderaan Myvi lagi yang belum tiba. Inilah antara gambar yang sempat diambil.
Gambar ke 2,
Gambar ke 3,
Gambar ke 4, geng-geng myvi berkumpul di hujung sana.
Akhirnya setelah semua geng-geng Myvi ada, kami pun bergerak. Kami bergerak secara berkumpulan. Ini meramaikan lagi rombongan cik kiah. Huhu. Kumpulan kami diketuai oleh Marshall geng Myvi. Yang mencuit hati Ratu dalam perjalanan kami ke rumah pengantin lelaki, sempat lagi jurukamera pengantin lelaki ini mengambil gambar kami dalam perjalanan. Mungkin ini adalah salah satu perancangan mereka. Hehe.
Apa-apa pun memang seronok dan majlis pun berjalan lancar. Cuma Puteri Raja Ratu ini sahaja yang tidak duduk diam. Mentang-menatang la rumah pengantin lelaki ini dekat dengan Taman Permainan, makan pun tidak mahu. Dia hendak bermain dekat taman itu sahaja. Sampai sanggup semasa Ratu tengah makan, dia boleh curi-curi lari ke Taman Permainan tu sambil angkat kain baju kurung yang dipakainya. Haishh..
Akhir kata, tahniah dan Selamat Pengantin Baru Raja dan Ratu ucapkan kepada Farahana dan suaminya kini.
Tatapan dari,