Helikopter Peribadi Terhempas
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian yang menyedihkan di mana helikopter peribadi yang dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang terhempas di sebuah ladang Jalan Sungai Lalang dekat Sungai Pening di Semenyih, Kajang kira-kira pukul 4.50 petang. Difahamkan kejadian ini berlaku ketika mereka ini dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri Malaysia.
Mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah:-
1. Ahli Parlimen Rompin Pahang, Tan Sri Jamaluddin Jarjis
2. Ketua Pegawai SP Baiduri Sdn. Bhd. Datuk Tan Huat Seang
3. Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias
4. Juruterbang helikopter Clifford William Fournier
5. Pembantu juruterbang Aidana Baizieva
6. Pengawal Peribadi Tan Sri Jamaluddin, Razakan Seran
Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis sebenarnya ingin menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif PRIMA Datuk Abdul Mutalib Alias di Kuala Lumpur pada malam kejadian tersebut. Difahamkan seorang saksi kejadian yang merupakan pengawal keselamatan menyatakan bahawa kejadian itu berlaku semasa hujan lebat yang mana helikopter yang dinaiki itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup kali ke dua di kawasan kebuh getah tersebut.
Ini adalah antara mereka yang terlibat,
Tatapan dari,