Rawat Diri Dengan Sumber Alam
Kali ini Ratu ingin kongsikan di sini beberapa petua kesihatan yang Ratu ambil dari salah sebuah majalah yang Ratu baca.
Antara paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak. Selepas itu celup ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya beberapa kali hingga masalah anda selesai.
Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.
PELEMBAP MUKA SEMULA JADI
Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisar daun kubis sehingga halus dan gaulkan kedua-dua bahan ini. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara pembersihan menggunakan kapas lembap dan bersihkan dengan lembut. Pastikan kulit anda akan sentiasa lembap dan tegang.
PENAWAR KURAP
Jika ada dikalangan anda yang mengalami masalah kurap, ini adalah petua mudah menyembuhnya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramas daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh
KURANGKAN SAKIT GIGI
Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan.
RAMBUT LAMBAT BERUBAN
Ada petua mudah mendapatkan rambut hitam berkilat dan juga lambat beruban. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus buang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut dan gosokkan rambut dengan air rendaman hampas teh. Lakukan banyak kali, Selain rambut menjadi hitam pekat dan lembut, ia juga membuatkan rambut lambat beruban.
Moga tips ini membantu. Selamat mencuba
Tatapan dari,