Berposing Sebelum Ke Sekolah
Sejak beberapa hari ini Ratu mula menghantar Puteri Raja Ratu ke Tadika. Emm.. Agak terkejut pula Ratu sebab selalunya Ratu hantarnya ke sekolah, Puteri Raja Ratu ini tidak menagis. Tapi kali ini dia menagis pula. Emm.. Ratu perasan sejak semalam lagi Ratu menghantarnya ke sekolah. Raja dan Ratu syak mesti ada sesuatu yang berlaku di sekolah tadikanya ni. Semalam pun ketika Ratu menghantar Puteri Raja Ratu, Ratu tengok dia diam tidak seceria seperti biasa. Hari ini pula, Ratu hantarnya, dia mula nagis hendak ikut Ratu pulang. Emm.. Jenuh juga Ratu memujuknya.
Ratu ada juga bertanyakan kepada guru kelasnya tentang perkembangannya akhir-akhir ini. Cikgu berkenaan memaklumkan kepada Ratu bahawa Puteri Raja Ratu ini menagis inginkan susu. Emm.. Sebenarnya, Ratu telahpun memberikannya minum susu sebelum pergi sekolah. Puteri Raja Ratu inipun ada mengadu dia menagis di sekolah tadikanya kerana berebut barang. Emm.. keliru pula Ratu. Tapi Ratu pun ada perasan tudung Puteri Raja Ratu ini basah hampir separuh tudungnya ketika mengambilnya balik sekolah.
Ratu mula memujuknya dan menasihatinya agar tidak bergaduh dengan rakan sekolahnya dan setiap kali Ratu menghantarnya, Ratu memberitahu bahawa Ratu menemaninya dengan menunggunya di dalam kereta. Tapi Ratu acah jer. Bila Ratu tengok dia senyap ajer, Ratu pun duduk dalam kereta tidaklah lama dalam beberapa minit. Kemudian, Ratu bergerak balik.
Belajar pandai-pandai dan jangan menagis lagi ya sayang. Huhu..
Moga hari ini Puteri Raja Ratu ini ke sekolah dengan penuh keceriaan dan kegembiraan. Moga menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Amin.. Amin...
Tatapan dari,