Bawa Puteri Raja Ratu Bermain Di Taman Tema Air
Raja dan Ratu rancang untuk membawa Puteri Raja Ratu bersiar-siar di Melaka. Ratu mengambil beberapa tempat yang boleh membuatkan Puteri Raja Ratu seronok. Antaranya, Taman Rama-Rama, Taman Tema Air atau Melaka Upside Down House.
Kaji punya kaji.. Fikir punya fikir.. Raja dan Ratu pun memilih Taman Tema Air Gold Coast Resort Melaka. Sampai sahaja di sana, paling nampak kegembiraan sekali sudah semestinya Puteri Raja Ratu.
Inilah gambarnya,
Inilah antara gambaran di Taman Tema Air tersebut,
Alhamdulillah, semua permainan di taman tema air ini kami dapat merasainya walaupun ramai. Mula-mula datang tak berapa ramai. Lepas tu, mulalah orang datang. Maklumlah, aktiviti hujung minggu kan. Bila dah penat kami pun pulang. Tapi belum sempat sampai rumah Puteri Raja Ratu dah tertidur kepenatan di dalam kereta sampai mengingau-ngingau. Kecian dia. Tapi seronok bila melihat Puteri Raja Ratu ni gembira bermain air. Huhu..