Menghadiri Kelas Umrah
Pagi semalam Raja dan Ratu bersiap bersama-sama Puteri Raja Ratu untuk menghadiri majlis ilmu umrah. Kelam kabut juga pagi semalam.. Mana Ratu nak mandikan Puteri Raja Ratu.. Nak sediakan sarapan.. Tapi nasib baik jugalah Raja membantu.
Seronok juga ilmu yang Raja Ratu perolehi hari ini. Apa yang Ratu belajar hari ini dapat mengingatkan kembali ilmu yang pernah Ratu belajar dahulu sebelum menunaikan umrah lebih kurang 10 tahun dahulu. Masa tu Raja dan Ratu belum lagi berkahwin. Kami dalam tempoh bertunang. Hehe..
Tapi dalam kelas umrah kali ini, fikiran Ratu terganggu sedikit sebab Puteri Raja Ratu ni sekejap-sekejap cuit Ratu, inform hendak buang air kecil.. Emm.. Raja duduk di ruangan tempat duduk lelaki manakala Ratu dan Puteri Raja Ratu di ruangan tempat duduk perempuan. Raja hanya melihat sahaja gelagat kami 2 beranak. Huhu..
Selfie jap..
Ni gambar kedua,
Ni gambar seterusnya,
Kelas yang pertama Raja Ratu ikuti ini, ilmuya lebih jelas dan mudah untuk difahami. Raja sendiri pun yang tidak tahu mengenai konsep dan cara menunaikannya sudah mula faham. Alhamdulillah.. Rasa seronok menghadiri kelas hari ini. Hehe.
Tatapan dari,