Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, June 12, 2017

Abang Raja Meninggal Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu. Baru-baru ini Raja dan Ratu dikejutkan dengan pemergian abang kandung Raja bernama Azahar bin Hj Ibrahim. Arwah telah dimasukkan ke Hospital Port Dickson lebih kurang sebulan lalu. 

Arwah mengalami strok 1 badan dan dijangkiti kuman di bahagian otaknya. Baru-baru ini, arwah berada dalam keadaan kritikal di ICU. Raja dan Ratu yang berada di lokasi yang berlainan menerima panggilan telefon dari kakak ipar Ratu dan mereka memaklumkan mengenai keadaan abang ipar Ratu. Raja terus bersiap-siap dan bergegas balik. Ratu hendak ikut tapi Raja kata biar dia pergi dulu sementara Ratu uruskan selesaikan urusan di rumah.

Malam tu, Ratu terus menelefon Raja dan kakak ipar Ratu untuk bertanyakan mengenai keadaan kesihatan abang ipar Ratu. Raja memaklumkan dia akan balik nanti untuk membawa Ratu dan Puteri Raja Ratu ke sana. Kalau difikirkan balik, kan senang kalau Ratu ikut Raja jadi tak perlulah Raja berulang alik. Dah macam Ratu duduk kawasan sana lak nak berulang alik. Tapi tak per lah, nak buat macam mana kan.

Raja pun pulang ke rumah. Sebelum tu, Raja memaklumkan kepada Ratu bahawa keadaan abangnya dah mula sedar sikit. Kemudian baru beberapa jam Raja berada di rumah, Raja telah dikejutkan dengan satu panggilan bahawa abang Raja baru sahaja meninggal dunia. Arwah meninggal lebih kurang pukul 4.00 petang. Raja terus menelefon Ratu dan memaklumkan kepada Ratu. Ratu yang berada di luar sangat terkejut. Rasa rasa galat pun ada kerana tidak dapat melawat semasa di ICU. Tapi benda dah terjadi. Ratu pun terus bergegas balik dan kami pun bertolak pulang ke kampung Raja.

 
Gambar ini semasa di tanah perkuburan,


Moga pemergiannya pada hari Khamis di bulan Ramadhan ini dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Marilah kita semua mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.


Tatapan dari,

Sunday, June 11, 2017

Resepi Kuih Talam Cha Cha Di Bulan Ramadhan

Selamat Berpuasa semua. Jangan lupa bulan Ramadhan yang mulia ini, kita sama-sama kumpul pahala melalui pelbagai cara. Selain solat terawih, kita boleh bersedekah. Bulan Ramadhan ini hanya datang setahun sekali. Jadi, kita jom kita rebut peluang ini memohon keampunan dari Yang Maha Esa. Moga hidup kita diberkati. Amin..

Kali ini Ratu ingin kongsikan satu resepi tradisional yang menarik perhatian Ratu melalui facebook yang mungkin  korang boleh cuba untuk juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan ini.

Resepi yang menarik perhatian Ratu kali ini ialah TALAM CHA CHA



Bahan lapisan bawah:

50gm sekoteng - rebus hingga empuk atau lembut dan toskan. Boleh juga gunakan cha cha



150gm tepung beras*
250ml santan pekat*
450ml air*
1 tbsp tepung hoen kwee - putih*
150gm gula castor*
1 tsp garam*

Cara:

1. Bancuh semua bahan yang bertanda * tapis dan masak hingga naik wap, tutup api.
2. Masukkan sekoteng atau cha cha yang telah direbus tadi dan kacau rata.
3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit.

Bahan lapisan atas:

150gm tepung gandum
300gm gula halus
3 biji telur
250ml santan pekat
500ml air
1/2 tsp garam
1 ½ tsp perisa rose
Pewarna pink



Cara:
1. Bancuh semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak hingga naik wap, tuangkan ke atas lapisan bawah.
2. Kukus selama 30 minit.
3. Setelah siap, angkat dan biarkan betul-betul sejuk barulah di potong dengan menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.


SELAMAT MENCUBA SEMUA !!!

Tatapan dari,

Saturday, June 10, 2017

Kemeriahan Bazar Ramadhan

Alhamdulillah, bazar di kawasan rumah Ratu tidaklah jauh dari rumah Ratu. Jadi, tidak perlulah Ratu pergi ke tempat yang lebih jauh untuk membeli tambahan menu untuk berbuka puasa. Bazar Ramadhan ni juga paling diminati oleh kaum lain seperti Cina dan India. 

Tapi pembaziran makanan juga banyak berlaku di bulan Ramadhan ni yang mana peniaga makanan kali ini lebih ramai berbanding tahun lepas. Jika pembeli membeli makanan dan tidak dimakan selepas waktu berbuka puasa. Sudah pasti pembaziran berlaku. Mungkin tidak dimakan sebab kekenyangan atau makanan tersebut tidak memenuhi citarasa mereka. Bagi para peniaga pula, jika makanan tersebut tidak habis dijual sudah semestinya pembaziran berlaku. 


Di bazar Ramadhan berhampiran Ratu, antara makanan yang menarik perhatian ramai orang adalah murtabak. Bukan main ramai lagi orang sampai sanggup beratur untuk membeli. Alhamdulillah, Raja dan Ratu membeli tambahan makan untuk juadah berbuka ala kadar sahaja. Takut mebeazir beb !!!

Apa-apapun Selamat Berpuasa dari Raja dan Ratu.

Tatapan dari,

Friday, June 9, 2017

Salam Takziah Kepada Bazli Hazwan Unic

Bulan Lepas kita dikejutkan dengan kemenangan Kumpulan Unic sebagai Juara dalam Gema Gegar Vaganza. Tahniah Ratu ucapkan. Dari situ terungkap satu rahsia bahawa anak kepada ahli kumpulan tersebut Bazli Hazwan yang masih kecil terlantar di hospital.


Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita pemergian anaknya Syahid yang baru berusia 4 tahun. Merujuk pada laman facebook nya, Ratu difahamkan anak meninggalkan kira-kira pukul 7.00 pagi Rabu 7 Jun 2017. Jenazah dikebumikan selepas Zohor.
 
Ini antara luahan hatinya yang Ratu petik melalui facebook,

Syahid.. 
Waktu ni biasanya ayah akan salin pempers syahid, 
ayah akan lap badan syahid, 
ayah usap lembut bdan syahid, 
ayah betulkan posisi bantal syahid, 
ayah akan selimutkan syahid, 
ayah akan peluk syahid sampai syahid tenang sambil ayah akan baca bisikan kt telinga syahid surah2 yg syahid suka.. 
Sungguh ayah rindu kau naakk
 

Syahid.. 
Ayah masih terkenang detik semalam saat ayah tgu d luar penuh debaran dan tiba2 doktor keluar blik bgtau yg syahid dh xd dan ayah sila boleh masuk sekarang utk peluk anak.. 
Hanya Allah yg tahu perasaannya.
 

Syahid.. 
Jika Allah btanya kelak tntg ayah. 
Syahid gtaulah bahwa ayah dah cuba sedaya mampu utk mengubati dan mengurus syahid. 
Ayah dah cuba mendidik syahid dgn didikan paling terbaik. 
Ayah dah jalankan amanah sebagai ayah dgn cara paling bhikmah.
 

Syahid.. 
Jangan lupa tarik tgn umi ayah pimpin tgn kami ye utk masuk syurga. 
Kita baca quran sama2 lg kita bgrau sama2 d syurga indah bahagia.
Syahid bnyk mengajar ayah supaya bsabar dalam membesar dan mengurus anak. 

Syahid inspirasi ayah utk menjadi ayah yg kental berjiwa pahlawan. 
Syahid mengajar ayah spaya mnjadi jantan yg kuat. bangkit dan bangkit xmudah menyerah lembik.
 

Syahid.. 
Waktu kelahiran syahid ayah cipta khas lagu Bintang Syurga tujukan utk syahid. 
Spya ia menjadi doa dan motivasi kau. Harini kau benar2 menjadi bintang syurga naaak.
 

Syahid.. 
Berlari2lah kau d dalam taman syurga dgn penuh riang. 
Xd sakit lgi xd ubat lg xd merintih lg kerana kau adalah BINTANG SYURGA


Siapa yang tidak terusik hatinya atas apa yang berlaku.. Ibubapa mana yang tidak sedih bila kehilangan anak. Mungkin di mata kita mereka tersenyum untuk membuktikan mereka kuat dengan dugaan Illahi. Tapi di belakang kita, mereka pasti menagis kerinduan sebab anaknya telah pergi untuk selama-lamanya.

Untungnya mereka yang kehilangan anak ini, anak tu sudah pastinya menjadi ahli syurga. Dan sudah tentu itulah saham akhirat, yang mana anak syurga inilah yang akan membantu ibubapanya kelak. Walau apapun hidup mesti diteruskan untuk orang-orang yang masih sayangkan mereka. Hidup mesti diteruskan untuk tanggungan mereka. Biar apapun, kita yang masih hidup bersama-sama anak ini perlu berusaha keras untuk mendapatkan redhaNYA sekaligus mendidik anak menuju ke syurga dalam dunia sekarang yang sangat mencabar ini.

Akhir kata, marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah kepada anak syurga ini dan anak-anak syurga lain yang kita kenali. Al-Fatihah.

Tatapan dari,

Monday, June 5, 2017

Alhamdulillah

Alhamdulillah, bulan Ramadhan tahun ini memberikan satu perkembangan yang baik kepada Puteri Raja Ratu. Tahun ini Puteri Raja Ratu mula belajar berpuasa. Hari pertama dia berpuasa, Puteri Raja Ratu dapat bertahan sampai pukul 11.00 pagi je.. Emm, sebenarnya dia dah bersahur. Sekali pukul 11.00 pagi, Puteri Raja Ratu ni dah minta susu. Huhu.. Pujuk punya pujuk, nampaknya tidak membuahkan hasil.


Hari kedua, Puteri Raja Ratu mampu bertahan sehingga pukul 12.00 tengah hari. Emm.. Tapi yang seronoknya baru-baru ini, Ratu berjaya memujuk Puteri Raja Ratu bertahan sehingga 2.30 petang. Itupun dia dah menagis dah leh tahan lagi. Ala keciannya,

Ratu : Anak ibu bertahan sampai buka puasa ya.. Nanti ibu bagi upah main bunga api..
Puteri Raja Ratu : Alaaa.. tak nak bunga pun tak per.. lapar ni..

Ala cianya.. Huhu.. Iya la terus layan Puteri Raja Ratu ni buka puasa. Tak per la.. Janji Puteri Raja Ratu ni dah dapat belajar untuk berpuasa lebih lama sedikit berbanding sebelum ini.

Alhamdulilah, kali ini Puteri Raja Ratu mampu bertahan sehingga pukul 4.30 petang. Ratu pula yang risau sebab Puteri Raja Ratu ni makan nasi sikit jer berbanding dengan hari-hari sebelumnya ketika bersahur. Siap Ratu tawarkan susu kepadanya jika dia tak mampu bertahan. Biasanya kalau Puteri Raja Ratu ini lapar dan tidak mampu bertahan, Ratu akan buat nasi goreng untuknya. Kebetulan pula, kali ini Raja dan Ratu membeli belah membeli barang keperluan bulanan di Mydin. Ratu terus bekalkan susu di dalam kereta. 

Ratu : Anak ibu nak susu tak. Boleh tahan tak sayang.
Puteri Raja Ratu : Sekejap lagi lah susu tu.

Sampai sahaja di Mydin, setelah semua barang keperluan bulanan telah diambil. Kami pun ingin membuat bayaran. Sekali Puteri Raja Ratu ternampak kawasan permanainan kanak-kanak di dalam Mydin. Iayalah, Raja pun layan je lah kerenah Puteri Raja Ratu yang masih lagi berpuasa. Tapi Ratu pesan tak leh main lama-lama sebab berpuasa. Main dalam 5 minit jer. Raja pun bawalah Puteri Raja Ratu sementara Ratu uruskan pembayaran. Sekali Puteri Raja Ratu ini bermain dengan penuh riangnya sampai dia tak sedar yang dirinya berpuasa. Sekali sampai sahaja di alam kereta, dah mengadu tak tahan. Emm.. sayangnya sikit lagi. Tinggal beberapa jam je lagi. Emm.. tak per la.. Nasib baik Ratu ada bekalkan susu di dalam kereta kami. Huhu..

Alhamdulillah, Puteri Raja Ratu dapat bertahan lebih lama kali ini. Tapi bila bersahur kena layanlah kerenah Puteri Raja Ratu ini yang makan mahu bersuap sambil tengok tv siaran secara langsung sorat terawih dari Masjidil Haram. Sambil makan mulalah dia bercerita masa dia berada di sana bulan Januari lepas. Ketika itu, Raja dan Ratu bersama-sama ibubapa Ratu menunaikan ibadah umrah di sana. Emm, tak per la. Tapi apa-apapun, Alhamdulillah lah Puteri Raja Ratu ini senang dikejutkan bangun pagi untuk bersahur. Hehe..

Tatapan dari,

Friday, June 2, 2017

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Teratak Istana Raja Ratu ini. Raja dan Ratu ingin mengucapkan Selamat berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu oleh umat Islam kerana bulan inilah bulan rezeki bagi para peniaga khususnya peniaga makanan. Bulan ini juga adalah bulan kita semua rebut mengumpul pahala kerana hanya bulan ini sahaja lah kita dapat menunaikan solat terawih.

Ratu pada tahun ini di bulan Ramadhan yang mulia ini ingin mengambil peluang mengumpul pahala mengejar target bacaan surah-surah tertentu di bulan Ramadhan di samping mengejar pahala solat-solat sunat termasuklah solat terawih. Insya Allah. Bagi kaum wanita memang agak penat sedikit di bulan Ramadahan terutama sekali bagi mereka yang bekerja. Mana hendak uruskan persiapan makan untuk bersahur, persekolahan anak. urusan rumah dan kemudian bergegas ke tempat kerja. Tapi penat tu berbaloi sebab ganjaran pahala yang tinggi.

Di sini Ratu kongsikan fadhilat solat terawih.

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Moga-moga apa yang dikongsikan ini membantu kita semua dalam mengejar pahala dan keberkatan di bulan Ramadhan yang hanya datang setahun sekali.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267