Cabaran Ekonomi 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Baru-baru ini Ratu ada terbaca mengenai artikel dari keratan akhbar mengenai 'Ekonomi Malaysia Yang Dijangkakan Meleset 2018'
Raja dan Ratu ingatkan tahun 2016 dan tahun 2017 inilah yang mencabar.
Rupa-rupanya tahun depan dijangkakan ekonomi negara bakal meleset dan lebih
mencabar. Dan bahang jangkaan kemelesetan ekonomi itu terkesan pada tahun ini. Kalau Ratu tengok kebanyakkan pengusaha-pengusaha yang telah berkembang perniagaan mereka, mula mengatur strategi mengecilkan skop perniagaan mereka. Ada yang kecilkan cawangan perniagaan mereka. Tidak kurang juga ada yang gulung tikar. Sedih kan. Itu yang Ratu terkejut bila mengetahui rupa-rupanya tahun depan lebih mencabar. Baru-baru ini pun Ratu berkeinginan untuk membeli tudung tapi Ratu terkejut bila tengok kedai tu sudah tutup. Ratu ada menghubungi owner kedai dan beliau mengesahkan penutupan kedai tersebut.
Inilah keratan akhbar tersebut,
Apa tindakan kita tahun ini kawal perbelanjaan kita dan banyakkan membuat simpanan. Ratu juga ada google mengenai jangkaan ini dan Ratu tumpuan Ratu terhadap artikel dari salah seorang pakar ekonomi Malaysia iaitu Prof Hoo Ke Ping. Beliau mempunyai alasan yang tersendiri melalui kajian beliau terhadapa perkembangan ekonomi semasa hari ini.
Menurut beliau anatara punca kemelesetan ekonomi Malaysia adalah,
* Tahap kenyakinan rakyat untuk berbelanja agak lemah
* Ramai di kalangan pekerja dari industri minyak dan gas, bank serta elektronik kena berhenti kerja
* Harga rumah mewah dan sederhana mewah yang kebanyakkannya RM500 ke atas akan jatuh
Jom kita kaji sejarah kemelesetan ekonomi negara kita bermula dari tahun 1960 dari pemerintah dahulu sehingga kini. Dari sejarah ini kita leh fikir rentak ekonomi dari pemerintah dulu sehingga kini.
* 1960 an ~ Kejatuhan harga getah dunia
* 1967 ~ Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia
* 1970 an ~ Kejatuhan sekali lagi harga getah dunia
* 1980 an ~ Aliran keluar dana dari pasaran Malaysia dan juga kejatuhan pasarana hartanah Malaysia
* 1990 an ~ Serangan matawang Malaysia
* 2008 ~ Malaysia hampir-hampir terjerumus ke arah kemelesetan ekonomi tetapi Malaysia berjaya mengatasinya dengan pantas.
* 2018 ~ Kemelesetan ekonomi yang diramalkan akan memberi kesan kepada semua sektor penting di Malaysia
Apa yang Ratu maklumkan ini bukanlah untuk menakut-nakutkan kita semua. Cuma apa yang dijangkakan ini, kita perlu atur strategi yang terbaik sebagai pembeli mahupun peniaga dari sekarang bagi menghadapi tahun 2018 yang tinggal beberapa bulana sahaja lagi.
Tatapan dari,