Ayam Masak Merah
Jalan-jalan ke blog lain sekali terpandang 1 menu kegemaran Ratu ini. Ratu pun baca dan kongsikan di sini. Ratu tengok mana yang perlu Ratu tambah merujuk resepi ini untuk menjadikan masakan itu lebih sedap.
Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas (tak masuk pun tak per)
Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar
Bahan bahan hiris:
1 biji bawang besar - lagi sedap bawang holland
Cara cara:
1. Ayam
digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan serai. Tumis bawang besar, halia, bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar dengan api
perlahan hingga naik bau. Masukkan cili dan kacau hingga cili benar-benar garing dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Bila
dah garing, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Dikacau rata dan biarkan
seketika. (Jika
digoreng garing, ayam akan menjadi liat.)
4. Kemudian
masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan
santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
5. Masukkan buah tomato, bawang besar yang telah diris dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
6. Jika
suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk
dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.
Selamat mencuba !!!
Tatapan dari,