Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Wednesday, October 30, 2013

Kelebihan Memiliki Emas Fizikal

Inilah antara kelebihan memiliki emas fizikal.

Kelebihan yang pertama,


Kelebihan kedua,


Kelebihan ketiga,

Kelebihan keempat,


Kelebihan kelima,

Kelebihan keenam,



Berminat boleh 012-6844870

Antara topik lain,
Keuntungan Memiliki Emas Fizikal
Mengapa Saya Memiih Public Gold?
Produk Publc Gol-Dinar
Pelaburan Emas Menurut Islam
Kini Hrga EmasSemakn Meningkat

Facebook : RR Wealth Management

Tatapan dari,

Kenaikan Bil Bulanan Astro

Aduh hai, bila minyak naik. semua barang ikut sama naik. Nampak tak nilai mata kita semakin kecil. Semalam, Ratu dapat surat daripada pihak Astro yang mengatakan bil bulanan akan mula naik sedikit bermula bulan November ini. Sedih kan !!!!

Inilah suratnya,


Ratu rasa bukan Ratu sahaja yang akan mengeluh dengan kenaikan jumlah bayarn bulanan ini. Betul tak !! Korang sudah dapat ke belum surat ini. Dalam surat ini Ratu difahamkan kenaikan ini bermula pada 24 Novermber 2013. Emm.. Baru dapat ecoder baru harga pun nak baru. Haishhh !!!

Tatapan dari,

Apabila Ibu Berbual Dengan Anak.

Kini, Ratu suka berbual dengan Puteri Raja Ratu di rumah. Kalau di dalam kereta, kadangkala Ratu menyanyi bersama-sama dengannya. Lagu kegemaran Puteri Raja Ratu ini adalah 'Rasa sayang' sebab agak kerap juga dia menonton berulang kali Upin Ipin dalam episod rasa sayang. Tapi, Ratu selang-selangkan dengan pembelajaran ABC dan 123. Habis sahaja menyanyi Upin Ipin, 

Ratu                     : Saaa...
Puteri Raja Ratu : Tuuuu...
Ratu                     : Lepas 1..
Puteri Raja Ratu : Uaaa... (Dua)
Ratu                     : Lepas 2..
Puteri Raja Ratu : Igaaa... (Tiga)
Ratu                     : Lepas 3..
Puteri Raja Ratu : Empat... 
Ratu                     : Lepas 4..
Puteri Raja Ratu : Imaaa... (Lima)
Ratu                     : Lepas 5..
Puteri Raja Ratu : Enam... 
Ratu                     : Lepas 6..
Puteri Raja Ratu : Ujuuuhh... (Tujuh)
Ratu                     : Lepas 7..
Puteri Raja Ratu : Apan... (Lapan)
Ratu                     : Lepas 8..
Puteri Raja Ratu : Embilan... (Sembilan)
Ratu                      : Lepas 9..
Puteri Raja Ratu  :Euluhh... (Sepuluh)

Ini pula buku ABC kegemarannya,


Kalau di rumah ibubapa Ratu, Puteri Raja Ratu ini memang sangat rapat dengan Tok Ayahnya. Tok ayahnya sering mengajar Puteri Raja Ratu mengenal anggota badan seperti rambut, dahi, hidung, telinga, pipi, mulut, tangan dan kaki. Nanti, apabila disebut, Puteri Raja Ratu ini akan tunjuklah pada anggota badannya. Contoh bila disebut mulut, dia akan tunjukkan mulutnya dengan jarinya. Kalau rambut, Puteri Raja Ratu akan tunjuk rambutnya sambil bercakap 'ambuut'. Yang seronoknya, apabila Ratu tidur disebelahnya, Puteri Raja Ratu ini mula praktikkan apa yang dia belajar tentang anggota badan pada Ratu. Dia akan pegang rambut Ratu ,

sambil sebut 'ambuut', 
pipi sambil sebut 'ippi'
telinga sambil sebut 'elingaa'
mata sambil sebut 'mata'
mulut sambil sebut 'uulutt'
kaki sambil sebut 'kaki'
tangan sambil sebut 'tangan'

Ratu akan tersenyum melihat gelagatnya. Malam tadi, Puteri Raja Ratu sibuk hendak buka beg duit. 

Ratu                      : Apasal nak buka beg duit tu?
Puteri Raja Ratu  : Nak singgit (Seringgit)
Terkejut Ratu mendengar.

Ratu                      : Nak berapa?
Puteri Raja Ratu  : Singgit (Seringgit)
Ratu                      : Cukup ke seringgit
Puteri Raja Ratu  : Kup  (Cukup)
Ratu                      : Ibu hendak minta duit tu boleh?
Puteri Raja Ratu  : Tak olehhhhhh  (Tak boleh)

Hehe. Geli hati Ratu melihat gelagatnya. Kalau Ratu hendak solat, Puteri Ratu Ratu pun sibuk hendak pakai telekung. Dia akan ambil sejadah kecil. Lepass itu, dia sibuk ikut apa yang Ratu buat. Alhamdulillah, semoga nanti jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta di akhirat ya. Amin.. Amin.. Amin..

Tatapan dari,

Saturday, October 26, 2013

Kecewa !!! Kecewa !!!!

Dua minggu lepas, siaran Astro di rumah Ratu ada sedikit masalah. Ratu telahpun menghubungi pihak Astro untuk memaklumkan perkara ini. Masalah yang Ratu hadapi adalah sim card yang tidak boleh dibaca pada 'decoder Astro' itu. Pihak Astro membuat urusan proses penukaran daripada decoder lama kepada decoder baru. Ratu difahamkan penkaran decoder tersebut mengambil masa dalam seminggu. Ratu terfikir, minggu depan Hari Raya Aidiladha. Ala, sedihnya. Kalau pihak Astro lambat membuat penukaran, maka Raja dan Ratu tidak dapatlah hendak menonton siaran Astro. Emm.. Puteri Raja Ratu pun terpaksalah memendam rasa untuk menonton rancangan kartun kegemarannya.

Kini sudah hampir seminggu, pihak Astro masih belum lagi membuat pemasangan decoder Astro yang baru. Ratu telahpun membuat 'follow up' dengan pihak Astro pada minggu lepas dan pihak Astro telahpun memberikan nama dan nombor telefon bimbit installer decoder Astro untuk memudahkan Ratu menghubunginya. Ratu pun hubungi pihak installer tersebut dan Ratu dimaklumkan bahawa dia akan datang pada keesokkan hari iaitu hari Khamis dan akan menghubungi Ratu apabila mahu datang ke rumah. Ratu pun tunggulah panggilan telefon pada keesokkan hari itu. Namun, tiada panggilan telefon yang Ratu terima dari pihak installer Astro. Pada hari Jumaat, Ratu call balik installer tersebut dan dia berjanji akan datang pada hari Sabtu. Ratu agak kecewa dengan perkhidmatan Astro. Kenapa installer tersebut tidak menghubungi Ratu? Bukahkah dia sudah berjanji? Kalau tidak dapat datang hubungilah Ratu untuk memaklumkan. 

Ratu pun membuat aduan kepada pihak Astro. Hari Sabtu yang sungguh mengecewakan Ratu dan keluarga. Pihak Installer Astro tersebut langsung tidak menghubungi Ratu. Ratu sangat kecewa. Pada hari Isnin, Ratu tidak lagi menghubungi installer Astro tersebut. Ratu terus membuat aduan yang ke 2 dengan pihak Astro. Kemudian, installer tersebut menghubungi Ratu dan BERJANJI akan datang pada keesokkan hari iaitu hari hari Khamis pukul 9.00 pagi. Ratu pun mengambil keputusan untuk masuk lambat sedikit ke pejabat.

Hari yang dinantikan pada keesokkan harinya membuat Ratu SANGAT MARAH. Installer tidak datang langsung ke rumah Ratu dan tidak langsung menghubungi Ratu. Ratu tunggu sampai pukul 9.30 pagi. KENAPA INSTALLER INI BODOH SANGAT? SUSAH SANGAT KE HENDAK HUBUNGI RATU SEBAGAI PELANGGAN? Ratu cuba hubungi balik tapi terputus. Ratu sudah geram, Ratu terus menghubungi pihak Astro dan menyatakan ketidakpuasan hati Ratu terhadap pihak installer Astro ini.

Selang beberapa jam, installer Astro menghantar mesej meminta maaf. Dia memberikan alasan hujan la, dan pada waktu itu dia berada di lokasi lain untuk pemasangan Astro. Alasan yang BODOH dan tidak boleh diterima akal. Macam mana berjanji dengan orang lain, buat pemasangan di rumah lain. Kali ini dia berjanji untuk membuat pemasangan pada hari Jumaat pula.

Kali ini Ratu tunggu di rumah bersama-sama ibubapa Ratu. Raja pula oustation. Jadi, dia memang tidak dapat menemani Ratu. Installer itu datang dengan muka tunduk. Ratu dan ibubapa Ratu terus MARAH, PERLI dengan perkhidmatan yang kurang memuaskan ini. Kali ini Ratu akan mengisi borang maklumbalas secara online mengenai mutu perkhidmatan installer ini kepada pihak Astro di laman www.astro.com.my/survey untuk menyatakan ketidakpuasan hati ini.

Tatapan dari,

Tuesday, October 22, 2013

Asyik-Asyik Upin Ipin

Emm.. siapa lagi yang hendak tengok Upin Ipin ini kalau tidak Puteri Raja Ratu. Bila Ratu pulang dari pejabat sahaja, Puteri Raja Ratu ini sibuk suruh buka wifi. Katanya hendak tengok Upin Ipin. Semuanya bermula apabila Puteri Raja Ratu ini tidak mahu makan. Biasalah, pada umur seperti ini kebanyakkan kanak-kanak memang kurang selera makan. Ratu cuba atasi dengan masalah ini dengan membuka youtube Upin Ipin. Kalau dia tidak makan, Ratu 'pause' video itu. Jadi, apa lagi memang nampak berseleralah Puteri Raja Ratu ini makan. 

Tengoklah gambar ini,


Kadangkala, jika Puteri Raja Ratu ini kacau sahaja Ratu buat kerja. Ratu terus buka video Upin Ipin. Bagi dia leka, Bila dia leka, laju sedikit Ratu buat kerja-kerja rumah. Tapi bila sudah selalu buka youtube, tahap penggunaan wifi Ratu sudah mencapai tahap maksimum. Emm, kalau Ratu hendak buka blog ini atau facebook, ia menjadi perlahan. Aduh hai !!!! Apa boleh buat apabila si kecil sudah menguasai penggunaannya.

Tatapan dari,

Wednesday, October 16, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Alhamdulillah kerana masih lagi dipanjangkan umur kita dan masih lagi boleh menyambut perayaan Aidiladha pada tahun ini. Raja dan Ratu macam biasalah seperti tahun-tahun yang lepas, pagi Raja dan Ratu di rumah ibubapa Ratu. Di sebelah tengah hari pula kami berada di rumah ibubapa Raja. Tahun ini, kami sambut dengan usia Puteri Raja Ratu kini mencecah 2 tahun lebih.

Pagi raya ini, Ratu macam biasa siap-siapkan Puteri Raja Ratu. Tengoklah ini gelagatnya di pagi raya dengan cermin mata barunya. Gambar yang pertama,


Ini pula gambar ke dua,


Gambar ke tiga,


Gambar ke empat,


Hehe.. Akhir kata Ratu dan Ratu ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267