Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, October 26, 2013

Kecewa !!! Kecewa !!!!

Dua minggu lepas, siaran Astro di rumah Ratu ada sedikit masalah. Ratu telahpun menghubungi pihak Astro untuk memaklumkan perkara ini. Masalah yang Ratu hadapi adalah sim card yang tidak boleh dibaca pada 'decoder Astro' itu. Pihak Astro membuat urusan proses penukaran daripada decoder lama kepada decoder baru. Ratu difahamkan penkaran decoder tersebut mengambil masa dalam seminggu. Ratu terfikir, minggu depan Hari Raya Aidiladha. Ala, sedihnya. Kalau pihak Astro lambat membuat penukaran, maka Raja dan Ratu tidak dapatlah hendak menonton siaran Astro. Emm.. Puteri Raja Ratu pun terpaksalah memendam rasa untuk menonton rancangan kartun kegemarannya.

Kini sudah hampir seminggu, pihak Astro masih belum lagi membuat pemasangan decoder Astro yang baru. Ratu telahpun membuat 'follow up' dengan pihak Astro pada minggu lepas dan pihak Astro telahpun memberikan nama dan nombor telefon bimbit installer decoder Astro untuk memudahkan Ratu menghubunginya. Ratu pun hubungi pihak installer tersebut dan Ratu dimaklumkan bahawa dia akan datang pada keesokkan hari iaitu hari Khamis dan akan menghubungi Ratu apabila mahu datang ke rumah. Ratu pun tunggulah panggilan telefon pada keesokkan hari itu. Namun, tiada panggilan telefon yang Ratu terima dari pihak installer Astro. Pada hari Jumaat, Ratu call balik installer tersebut dan dia berjanji akan datang pada hari Sabtu. Ratu agak kecewa dengan perkhidmatan Astro. Kenapa installer tersebut tidak menghubungi Ratu? Bukahkah dia sudah berjanji? Kalau tidak dapat datang hubungilah Ratu untuk memaklumkan. 

Ratu pun membuat aduan kepada pihak Astro. Hari Sabtu yang sungguh mengecewakan Ratu dan keluarga. Pihak Installer Astro tersebut langsung tidak menghubungi Ratu. Ratu sangat kecewa. Pada hari Isnin, Ratu tidak lagi menghubungi installer Astro tersebut. Ratu terus membuat aduan yang ke 2 dengan pihak Astro. Kemudian, installer tersebut menghubungi Ratu dan BERJANJI akan datang pada keesokkan hari iaitu hari hari Khamis pukul 9.00 pagi. Ratu pun mengambil keputusan untuk masuk lambat sedikit ke pejabat.

Hari yang dinantikan pada keesokkan harinya membuat Ratu SANGAT MARAH. Installer tidak datang langsung ke rumah Ratu dan tidak langsung menghubungi Ratu. Ratu tunggu sampai pukul 9.30 pagi. KENAPA INSTALLER INI BODOH SANGAT? SUSAH SANGAT KE HENDAK HUBUNGI RATU SEBAGAI PELANGGAN? Ratu cuba hubungi balik tapi terputus. Ratu sudah geram, Ratu terus menghubungi pihak Astro dan menyatakan ketidakpuasan hati Ratu terhadap pihak installer Astro ini.

Selang beberapa jam, installer Astro menghantar mesej meminta maaf. Dia memberikan alasan hujan la, dan pada waktu itu dia berada di lokasi lain untuk pemasangan Astro. Alasan yang BODOH dan tidak boleh diterima akal. Macam mana berjanji dengan orang lain, buat pemasangan di rumah lain. Kali ini dia berjanji untuk membuat pemasangan pada hari Jumaat pula.

Kali ini Ratu tunggu di rumah bersama-sama ibubapa Ratu. Raja pula oustation. Jadi, dia memang tidak dapat menemani Ratu. Installer itu datang dengan muka tunduk. Ratu dan ibubapa Ratu terus MARAH, PERLI dengan perkhidmatan yang kurang memuaskan ini. Kali ini Ratu akan mengisi borang maklumbalas secara online mengenai mutu perkhidmatan installer ini kepada pihak Astro di laman www.astro.com.my/survey untuk menyatakan ketidakpuasan hati ini.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267