Asyik-Asyik Upin Ipin
Emm.. siapa lagi yang hendak tengok Upin Ipin ini kalau tidak Puteri Raja Ratu. Bila Ratu pulang dari pejabat sahaja, Puteri Raja Ratu ini sibuk suruh buka wifi. Katanya hendak tengok Upin Ipin. Semuanya bermula apabila Puteri Raja Ratu ini tidak mahu makan. Biasalah, pada umur seperti ini kebanyakkan kanak-kanak memang kurang selera makan. Ratu cuba atasi dengan masalah ini dengan membuka youtube Upin Ipin. Kalau dia tidak makan, Ratu 'pause' video itu. Jadi, apa lagi memang nampak berseleralah Puteri Raja Ratu ini makan.
Kadangkala, jika Puteri Raja Ratu ini kacau sahaja Ratu buat kerja. Ratu terus buka video Upin Ipin. Bagi dia leka, Bila dia leka, laju sedikit Ratu buat kerja-kerja rumah. Tapi bila sudah selalu buka youtube, tahap penggunaan wifi Ratu sudah mencapai tahap maksimum. Emm, kalau Ratu hendak buka blog ini atau facebook, ia menjadi perlahan. Aduh hai !!!! Apa boleh buat apabila si kecil sudah menguasai penggunaannya.
Tatapan dari,