20 Jenazah Tiba Di KLIA pada 20 Ogos 2014
Seperti mana yang kita semua tahu MH 17 adalah salah sebuah pesawat Malaysia Airlines telah terhempas di Wilayah Timur Ukraine pada 17 Julai lepas. Kejadian ini berlaku ketika MH 17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat ini membawa 298 penumpang dan anak kapal yang ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada piihak yang bertanggungjawab. Siasatan akan dilakukan. Cuma tumpuan utama kali ini adalah pengurusan jenazah untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
Daripada 298 penumpang MH 17, 43 orang penumpang termasuk anak kapal adalah warga negara Malaysia. Kali ini 20 jenazah Malaysia tiba pada semalam 22 Ogos 2014 pada jam 10.00 pagi dan ianya disambut dengan penuh adat istiadat. Ini adalah kumpulan yang pertama dan kumpulan yang ke 2 akan menyusul pada Ahad ini dan dijangkakan akan membawa 3 jenazah.
Daripada 20 jenazah ini, 11 darinya merupakan jenazah beragama Islam dan selebihnya bukan beragama Islam. Menurut laporan, jenazah ini telahpun selesai menjalani proses pengurusan jenazah dan kini hanya tinggal untuk pengebumian. Difahamkan ahli keluarga yang terlibat telahpun diterbangkan dan dapat menatap arwah ahli keluarga yang tersayang sebelum jenazah ini dibawa ke Malaysia.
Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah khususnya kepada mangsa MH 17 yang beragama Islam. Moga-moga roh mereka ini dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab atas insiden MH17 ini akan dibawa ke muka pengadilan.