Boikot Macdonalds Beramai-Ramai
Apa yang berlaku di Gaza sehingga mengorbankan ramai kanak-kanak dan kaum wanita amat menyentap sanubari kita. Dan apa yang kita semua boleh lakukan adalah memboikot secara berama-ramai dan harapan Ratu secara berterusan agar duit yang kita salurkan melalui produk negara Israel tidak digunakan sewenang-wenangnya untuk tujuan peperangan.
Apa yang terjadi ini juga memberikan kesedaran kepada kita semua bahawa banyak sungguh produk-produk dari negara Israel yang menembusi pasaran Malaysia ini. Bak kata pakar ekonomi, apa yang berlaku ini membuka mata kita bahawa banyak sungguh produk-produk Israel di pasaran kita. Kenapa tidak, produk tempatan ambil peluang menembusi pasaran sendiri menggantikan produk Israel ini agar boikot ini dapat berterusan. Emm.. idea yang bagus juga kan.
Tapi apa yang tidak sedap didengar adalah tindakan segelintir masyarakat yang memaki pekerja-pekerja Macdonalds dan memecahkan cermin kereta rakyat Malaysia yang melekatkan sticker macdonalds 'drive thru'. Ini adalah tindakan yang salah. Kenapa mesti kita memarahi pekerja Macdonalds. Mereka hanya mencari rezeki dengan bekerja di situ. Tindakan sesetengah pihak ini seperti menutup periuk nasi mereka. Bukankah yang mereka marah itu adalah rakyat Malaysia sendiri dan bukannya Israel ? Cukuplah dengan boikot tidak memakan makanan Macdonals.
Tindakan memecahkan cermin juga tidak patut dilakukan. Jangan nanti jadi seperti KIKI yang baru-baru ini diterima hukuman yang setimpal atas tindakannya mengetuk kereta uncle SIM dengan pengunci stereng kereta.
Apa-apa pun, tindakan memboikot dengan tidak memakan makanan Macdonalds ini bukan sahaja dilakukan di Malaysia malah di seluruh dunia. Ini adalah tindakan baik dan pastinya ianya menggugat ekonomi negara Israel. Pastinya Macdonals tidak lagi meraih keuntungan seperti sebelum-sebelum ini. Tapi bukan produk Macdonalds sahaja yang perlu diboikot. Banyak lagi produk-produk Israel yang perlu diboikot.
Tatapan dari,