Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, October 25, 2014

Awal Muharam

Muharam adalah bulan pertama dalam kalendar Islam (Hijrah). Apa itu awal Muharam? Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam yang mana ianya memperingati dalam sejarah Islam tentang penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Hijrah Rasulullah memberikan impak yang sangat besar kepada Islam. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' dari melakukan sebarang bentuk peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan kota Mekah (Rujuk surah Al-Baqarah, ayat 91).


DOA AKHIR TAHUN
Doa ini perlu dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Jom kita baca,


Barang siapa yang membaca doa ini, syaitan berkata,
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku pada 1 saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN
Doa awal tahun ini elok dibaca sebanyak 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharam.

Jom kita baca,

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata,
"Telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"

Ratu ingin kongsikan apa yang Ratu baca sebentar tadi iaitu antara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharam,

1.  Berpuasa. Maksud hadis, Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa selama 30 tahun. Maksud hadis lagi barang siapa yang berpuasa selama 3 hari iaitu pada hari khamis, jumaat dan sabtu, maka Allah akan tulis padanya pahala seperti mana beribadah selama 2 tahun.
2.  Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

Moga ilmu ini memberikan manfaat kepada semua.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267