Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Monday, October 27, 2014

Bersiar-siar Di Perkampungan Hang Tuah

Di kesempatan hujung minggu, Ratu bersama-sama ibubapa Ratu dan bapa saudara Ratu bersiar-siar di Perkampungan Hang Tuah. Lokasinya sangat berhampiran dengan perigi Hang Tuah yang mana ianya terletak di kampung Duyong. Perigi Hang Tuah dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah iaitu seorang pahlawan yang terkemuka suatu ketika dahulu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Beliau dilahirkan di kampung Duyong dan dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaan dirinya. Pada asalnya perigi ini kecil. Lama-kelamaan makin besar dan makin dalam. Perigi ini dikatakan tidak akan kering walaupun di musim kemarau. Inilah kelebihan Perigi Hang Tuah ini dan airnya juga dikatakan dapat menyembuhkan penyakit. Kebanyakkan yang datang melawat perigi Hang Tuah ini akan mengambil kesempatan membasuh muka dan mandi menggunakan air perigi ini. 

Perkampungan Hang Tuah ini dibina dengan rekabentuknya yang sangat unik yang melambangkan perkampungan rumah melayu. Setiap rumah dibina untuk setiap seorang adik beradik Hang Tuah iaitu sebuah rumah untuk Hang Tuah, sebuah rumah untuk Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi. Terdapat juga Rumah Tradisional Melayu, Muzium Hang Tuah, Auditorium, Balai Adat dan Pentas Kebudayaan. 

Ratu sangat sukakan rekabentuk rumahnya yang semuanya menggunakan kayu dan menggambarkan rumah seperti dahulu kala. Sekali Ratu sampai memang terpukau. Rumahnya sangat besar dan tinggi. 


Besar kan. Yang ini sebelah kiri.


Yang ini pula sebelah kanan.


Emm, sempat pula ayah Ratu ini bergambar. Huhu.


Sekali tengok teringat rumah arwah atuk, nenek dahulu. Hehe.. Marilah kita mensedekahkan Al-fatihah atuk dan nenek Ratu. Al-Fatihah.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267