Bercuti Bersama Keluarga
Masih lagi Ratu bercerita mengenai aktiviti Raja dan Ratu di Penang. Kali ini Ratu ingin bercerita mengenai aktiviti kami di sebelah malam. Raja membawa Ratu bersama ibubapa Ratu ke Batu Feringgi. Di sini, susasana di sebelah malam seperti 'night market'. Berderet-deret gerai-gerai jualan pelbagai barang seperti pakaian, beg, cenderahati dan sebagainya. Boleh tahan jugalah harganya. Sempat pula singgah di Hard Rock cafe membeli pakaian yang dikirim oleh rakan Raja. Emm.. nak juga beli kat sini. Tempat sendiri pun ada Hard Rock tapi rakan Raja ini hendak juga minta Raja belikan pakaian di sini. Layan je la !!!
Keesokkan harinya, Raja dan Ratu ingin membawa Puteri Raja Ratu merasai menaiki feri. Waa.. suka lah Puteri Raja Ratu. Inilah feri yang kami naiki.
Sudah masuk ke dalam feri dengan vios yang kami bawa. Feri bergerak je, Raja dan Ratu pun keluar tengok pemandangan laut. Emm.. berposing jap.
Selepas itu, kami bergerak ke Padang Besar, Perlis. Tapi Ratu agak sedih sedikit sebab jalanraya yang menuju ke Padang Besar ini tidak berapa rata. Tayar kereta sering bersanggit. Emm.. diharapkan pihak-pihak tertentu di Perlis dapat memperbaiki struktur jalanraya tersebut sebab Padang Besar ini juga adalah salah satu tempat tumpuan utama para pengunjung yang datang ke Perlis.
Akhirnya sampai juga di Padang Besar. Emm.. sudah sampai sini. Lapar la pulak. Kenyangkan perut dulu. Huhu. Ambil tenaga dahulu, Sebab sekejap lagi nak memborong. Hehe. Sekali masuk. Mak oiii.. Rabun mata jap.. banyaknya pakaian yang dijual. Murah-murah pula tu. Maklumlah berdekatan dengan Thailand. Ini duit kat tangan ni boleh habis dibuatnya. Raja dan Ratu ada juga beli beberapa pakaian dan makanan ringan di sini. Makanan ringan pun tidak kurang hebat gak. Rasa macam nak rasa itu.. Hendak rasa ini.
Inilah antara suasana di Padang Besar,
Mula-mula masuk tangan kososng. Sekali balik masing-masing penuh tangan. Huhu. Sudah penat berjalan. Raja mengambil keputusan untuk pulang. Atas sebab, kesihatan ayah Ratu yang kurang sihat.. Batuk.. kawan Raja pula sudah menunggu Raja kerana ingin meminta bantuan Raja untuk membeli enjin kereta. Geram pula Ratu dengan kawan Raja ini pun ada. Orang tengah bercuti. Dia sibuk ajak Raja untuk membeli enjin kereta.
Perjalanan kami untuk pulang agak terganggu sedikit disebabkan kesesakan kenderaan di lebuh raya. Maklumlah cuti sekolah kan. Akhirnya, kami selamat juga sampai lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi. Emm.. kami sampai Pulau Pinang pun pukul 4 ke 5 pagi, Kami sampai rumah pun pukul 4 ke 5 pagi. Huhu. Alhamdulillah, janji selamat sampai. Kecian Puteri Raja Ratu kepenatan dia. Hehe.
Tatapan dari,