Raja Ke Labuan
Emm.. Raja sudah habis cutinya. Kali ini Raja kena berangkat ke Labuan bagi menghabiskan tugasan di sana. Nasib baik lah Raja bercuti kali ini dapat kami meluangkan masa bercuti sama-sama ke Penang. Memang seronok !!!
Tiket penerbangan Raja adalah pukul 3.00 petang. Raja Ratu kini berada di rumah ibubapa Ratu. Kebetulan ada kenduri di rumah jiran ibubapa Ratu. Jadi, Raja Ratu singgah sekejap. Alang-alang dah singgah, terus makan tengah hari di sana. Huhu. Kang tak payah nak singgah makan lagi.
Kemudian terus Ratu bersama-sama ibubapa Ratu menghantar Raja ke KLIA 2. Kali ini Raja menaiki kapal terbang Air Asia ke Labuan. Oleh kerana kami sampai awal sedikit. Dapatlah Puteri Raja Ratu melihat kapal terbang.
Selepas itu, Ratu mengajak ibubapa Ratu pergi Nilai 3 untuk membeli serba sedikit barang-barang keperluan untuk rumah baru Raja Ratu. Niat di hati ingin mencari meja tepi katil. Tapi Ratu terpandang bidai kayu di salah sebuah kedai. Ratu hanya bertanyakan harganya sahaja. Bukan niat hendak beli pun. Pemilik kedai tu seboleh-boleh minta Ratu beli bidai tu sehinggakan dia sanggup meletakkan harga terendah. Emm.. Ratu pula bertanyakan pendapat ayah Ratu. Bidai kayu tu ukuran lebih kurang 6 x 8 harga asalnya RM5++. Tapi harganya di tawarkan kepada Ratu RM180. Emm.. apa lagi kena kebas la bidai ni.
Terus tak jadi hendak beli meja tepi. Sebab takut tak muat kereta. Ini pun nak letak bidai ini pun kena letak memanjang. Nasib baik lah tempat duduk belakang ini boleh dibaringkan.
Kenalah letak memanjang dari bonet ke dashboard kereta. Emm.. Lain yang Ratu hendak cari. Lain yang dibeli. Tapi tak per lah. Memang hendak pakai pun. Lagipun harganya murah.
Tatapan dari,