Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Sunday, December 21, 2014

Ratu Tidak Sihat

Baru seminggu Raja dan Ratu sekeluarga balik dari bercuti, Ratu pula sudah mula tidak sihat. Emm.. nampaknya Ratu berjangkit dengan ayah Ratu lah ni. Sebab ayah Ratu semasa bercuti tu tidak sihat. Batuk..

Ratu sudah mula batuk tapi tidak kerap seperti dahulu yang pernah Ratu kena. Ratu terus pergi ke klinik mengambil ubat. Inilah ubat yang Ratu ambil.



Dahulu Ratu pernah kena batuk. Tapi batuk Ratu seperti tidak lepas kahaknya. Sudah macam-macam Ratu cuba makan ubat, tapi kahaknya tidak lepas. Sakitnya perut bila batuk. Ratu mencuba ubat batuk ini. Alhamdulillah, kurang sedikit. Tapi tengok juga lah pada kesesuaian badan seseorang.

Ada juga Ratu baca pelbagai petua orang tua-tua termasuklah makan bawang putih bakar, Minum sesudu kicap yang telah diperahkan dengan limau dan sebagainya. Ratu pun ada mencuba makan bawang putih bakar. Rasa sedap seperti kentang goreng. Macam mana nak buat? Bakar bawang putih tu dengan kulit-kulitnya sekali atas dapur gas. Ratu letak atas jaring-jaring besi yang biasa diguna untuk bakar ikan tu. Ratu letakkan 2 ulas bawang atas tu. Bakar dalam 3 ke 4 minit. Bila kulit bawang tu pun dah hangus. Buangkan kulitnya dan bersihkan sedikit bekas-bekas bakar tu. Lepas tu makan. Rasa pedas bawang tu hilang. Rasanya macam kentang goreng. Lepas tu, Ratu kurang sedikit batuk. Masa tu Ratu rasa ok jer, Ratu boleh terus keluar cari barang-barang untuk rumah baru. Ya lah, kalau tak bila hendak beli barang rasa tidak selesa bila batuk ada. Ratu amalkan lagi makan bawang putih bakar ni. Ratu kurang sedikit berjaga malam. Kalau tidak tidur malam terganggu akibat batuk. Lendir atau kahak pun mudah dikeluarkan. Tapi Ratu tetap makan juga ubat batuk yang diambil di klinik. Tapi hendak katakan 100% baik terus tu tidak lah. Cuma ada kurang sedikit berbanding dahulu, Ratu tidak lagi sakit perut ini bila batuk. Tak sanggup !!!!

Kali ini Ratu rasa bukan batuk sahaja. Ratu terus kena demam, pening kepala dan Selsema. Haishh !!! Semua lah. Aduh hai, ini baru betul-betul suruh Ratu berehat ni. Raja suruh Ratu rehat je. Tapi tidak senang diam Ratu dibuatnya. Sebab ini kan sudah hujung tahun. Jadi, kebanyakkan kedai-kedai perabot ada membuat promosi hujung tahun. Jadi, Ratu ingin juga pilih perabot-perabot untuk rumah baru Raja dan Ratu. Tapi tu lah, keadaan Ratu yang tidak mengizinkan. 

Apa boleh buat..
Tahi ayam bulat..
Boleh buat Ubat..
Cap orang Kuat..
Huhu..

Moga-moga kesihatan Ratu ini cepat lah pulih seperti sedia kala. Di kala, Ratu tidak sihat ini, rezeki pula datang. Ada yang whatsapp hendak beli wallpaper dan aurawhite. Ratu sampai tidak terlayan jer ni. Aduh, cepatlah sembuh batuk ni. Banyak urusan yang perlu Ratu selesaikan. Huhu..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267