Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, June 16, 2016

Al-Fatihah

Ratu terkedu seketika apabila mendengar 1 berita yang memeranjatkan hati Ratu beberapa hari lepas. Dan kali ini Raja dan Ratu mendapat 1 lagi berita yang menyedihkan. Ratu tidak menyangka ianya berlaku. 

Berita yang pertama yang Ratu terima adalah dari rakan sepejabat Ratu yang memaklumkan kepada Ratu bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Ratu amat-amat terkejut dengan berita ini. Ratu memang sedia maklum sebelum ini bahawa ayahnya sakit dan ditahan di hospital. Menurut cerita rakan Ratu ini ayahnya nampak semakin pulih. Beberapa hari lepas Ratu mendapat tahu bahawa ayahnya telah meninggal dunia lebih kurang pukul 3.00 pagi. 

Semalam pula Ratu mendapat 1 lagi berita kenalan Ratu dan Raja yang mana ayahnya juga telah meninggal dunia. Ayahnya juga adalah kenalan rapat ibubapa Ratu. Arwah meninggal lebih kurang pukul 4.00 petang. Ramai orang yang menziarahi arwah sebab arwah adalah orang yang aktif dalam UMNO.

Apa yang belaku ini mengingatkan Ratu kisah pada tahun lepas. Tatkala, Ratu bersungguh-sungguh membuat persiapan melengkapkan rumah Raja Ratu dengan perabot dan kelengkapan rumah yang baru. Ratu mendapat berita yang menyedihkan apabila jiran kami terlibat dalam kemalangan dan salah seorang daripada mereka meninggal dunia. Allah Hu Akbar. Alangkah sedihnya, bila isterinya ditahan di wad ICU dalam keadaan sedar tidak dapat berjumpa arwah suaminya buat kali terakhir dan menemani anak-anak dan keluarga mertuanya ke tanah perkuburan. Lebih menyedihkan lagi apabila Raya Aidilfitri tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bagaimana perasaan anak-anak mereka bila menyambut raya nanti? Raya Aidilfitri anak-anak ini di hospital melawat ibunya di wad ICU

Apa-apapun marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada kenalan Raja Ratu ini serta ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267