Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak
Pejam celik pejam celik.. Ramadhan 2016 sudah menjelang tiba. Tahun ini, Raja tidak dapat menyambut Ramadhan bersama Ratu dan Puteri Raja Ratu memandangkan Raja terlibat dengan kerja-kerja luar di Singapura. Kami cuma dapat menyambut Ramadhan bersama, dapat bersahur dan berbuka bersama di hujung minggu sahaja nanti. Insha Allah. Raja memaklumkan di bulan Ramadhan ini dia akan pulang setiap hujung minggu.
Ratu teringat tahun lepas di bulan Ramadhan, Ratu sibuk dengan persiapan di rumah baru Raja Ratu yang tinggal 90% sahaja lagi siap. Bila hujung minggu sahaja, Ratu berada di rumah baru dengan persiapan pemasangan kabinet dapur rumah, tempahan langsir dan kemasukkan kelengkapan setiap bilik. Penat memang penat. Maklumlah nak beraya di rumah baru. hUHU.. Tapi memang seronok, penat pun berbaloi bila akhirnya Raja dan Ratu dapat beraya di rumah baru kami. Alhamdulillah. Sekarang sudah setahun kami menginap di rumah baru kami.
Biasanya bila Ramadhan menjelang tiba, Ratu sudah siapkan tempahan baju raya sedondon untuk kami sekeluarga untuk kami sekeluarga termasuklah ibubapa Ratu dan bibu mertua Raja. Tapi tahun ini Raja Ratu mengambil keputusan untuk membeli sahaja baju raya di butik. Yang pasti baju tu sedondon untuk kami 3 beranak. hUHU.. Harap-harap ada design untuk kami 3 beranak.
Apa-apapun Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Tatapan dari,