Bapa Saudara Ratu Membuat Pembedahan
Ratu baru mendapat berita bahawa bapa saudara Ratu akan menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru.
Ratu memang dapat tahu sebelum ini, bapa saudara Ratu ini ada menghidap penyakit buasir dan kali ini bila diperiksa ianya memerlukan pembedahan secepat mungkin. Tatkala kita semua ingin menyambut Ramadhan, ramai pula kenalan Ratu termasuklah bapa saudara Ratu ini yang mana ahli keluarganya tidak berapa sihat dan dimasukkan ke hospital. Terus Ratu teringat akan burung gagak yang datang hinggap di pagar rumah Raja dan Ratu beberapa hari lepas dan membuat bising. Ala, minta dijauhkan daripada perkhabaran yang tidak baik. Moga-moga mereka semua kembali sihat seperti sediakala dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik bersama keluarga.
Tatapan dari,