Drama Bersiri Glamorosa
Erkkkk.. Macam tak percaya Ratu mengikuti drama bersiri Glamorosa iaitu sebuah drama dari Filipina. Huhu.. Bukannya Ratu ada belajar bahasa Filipina ini tapi drama bersiri ni ada sarikata di bawahnya. Drama ini di tayangkan di tv3.
Drama ini mengisahkan permainan dendam Paulina selepas apa yang berlaku pada
keluarganya. Ayahnya dibunuh secara kejam dan sejak itu juga ibunya
mengalami sakit mental akibat tekanan. Dia cuba mengaturkan rancangan
untuk membalas dendam terhadap Dra. Claudia Herrera, wanita yang
menyebabkan kehidupan dia sekeluarga sengsara.
Paulina mula menyuruh teman lelakinya Karl, menggoda Natalia, anak
kepada Dra. Claudia Herrera, sehingga Natalia jatuh cinta kepadanya.
Natalia dan Karl akhirnya tinggal bersekedudukan. Lebih malang, apabila
Karl sudah jatuh cinta pada Natalia dan terus melupakan Paulina.
Paulina telah mempergunakan Claudia untuk mendapatkan Karl semula. Dalam
waktu yang sama, Natalia mengandung. Dalam satu kemalangan membabitkan
Natalia dan Karl, anak Natalia dilahirkan dan mempunyai kesan melecur di
pipinya.
Claudia berniat untuk memisahkan Natalia dan anaknya. Dia telah mengupah
Oscar, pemandu dan pembantu peribadinya, untuk menjaga bayi tersebut.
Karl pula mengalami amnesia akibat kemalangan terbabit.
Paulina cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan cinta Karl kembali. Apa yang terjadi seterusnya? Jom kita layan Glamorosa!
Ratu suka tengok drama ini sebab banyak konflik yang menjadi tanda tanya dan perlu dijawab.
Tatapan dari,