Puteri Raja Ratu Sudah Mula Mengaji
Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang lepas, 1 lagi perkembangan Puteri Raja Ratu yang baik. Ratu memang target di bulan Puasa lepas Puteri Raja Ratu sudah mengenal huruf dan mengeja dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jua.
Sebenarnya, setiap malam Ratu sendiri akan mengajar Puteri Raja Ratu mengaji. Pada mulanya, Ratu mengambil tindakan mengajar Puteri Raja Ratu ini melalui Iqra'. Tapi Ratu tengok Puteri Raja Ratu ini makin keliru dan hilang fokus. Bukan Ratu kata Iqra' ini tidak bagus. Tapi penyusunan yang agak tidak sesuai bagi kanak-kanak yang baru mula belajar. Tapi mungkin ada kanak-kanak lain yang sesuai melalui Iqra', Ratu kurang pasti. Tapi bagi Ratu Iqra' ini huruf dan langkah pengejaan huruf tu seperti tidak tersusun. Berbanding Muqaddam, sesi pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal huruf dan mengeja lebih teratur dan Puteri Raja Ratu lebih memahami dan lebih cekap mengeja.
Dah elok-elok Ratu ajar Puteri Raja Ratu melalui Iqra', Ratu terus bertukar ke Muqaddam bila tengok perkembangannya mengeja yang agak merosot. Bila belajar Muqaddam ni ada lebih kurang 30 mukasurat perlu dihadam Puteri Raja Ratu untuk sesi mengenal huruf dan mengeja. Alhamdulillah, sikit-sikit Ratu mulakan dan akhirnya. Puteri Raja Ratu sudah habis mengeja.
Kali ini, Puteri Raja Ratu sudah ke bahagian seterusnya iaitu mengeja dan membaca surah bermula dari surah Al-Fatihah dan seterusnya hingga habis. Ratu sudah mula membiarkan dia mengeja sendiri dan mana yang salah tu Ratu betulkan balik.
Moga-moga Puteri Raja Ratu dapat menghabiskan Muqaddam ini dengan baik dan seterusnya ke langkah mengaji Al-Quran pula. Ratu selalu memberikan Puteri Raja Ratu kata-kata semangat agar dia dapat mengeja dan membaca dengan baik. Nanti dia boleh mengaji Al-Quran sambil Ratu menunjukkan Al-Quran. Bila Puteri Raja Ratu nampak je Al-quran dia mulalah bersemangat mengeja. Alhamdulillah.
Tatapan dari,