Selamat Hari Raya Aidilfitri
Alhamdulillah.. Raya Aidilfitri berkunjung tiba setelah Ramadhan berlalu.
Raya tahun ini Raja dan Ratu putuskan untuk sambut serba sederhana. Tumpuan Raja Ratu tahun ini adalah untuk mengukuhkan lagi kewangan kami sebelum menjelang cabaran ekonomi Malaysia pada tahun depan 2018 yang dijangkakan sangat mencabar. Tambahan pula, abang Raja yang telah meninggal dunia baru-baru ini membuatkan kami memutuskan untuk bersederhana sahaja tahun ini.
Dari segi sambutan Raya di pagi Raya tu seperti biasa lah sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Pagi Raya di rumah ibubapa Ratu dan kemudian di sebelah petang pula di rumah ibu Raja dan kami bermalam di sana beberapa hari. Dari segi menu masakan pula, sama seperti tahun-tahun lepas rendang, ketupat dan kuah masak lodeh itu adalah menu utama dan wajib ada.. Huhu..

Akhir kata, Raja dan Ratu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung khususnya pengunjung teratak istana Raja Ratu.Maaf Zahir dan Batin.
Tatapan dari,