Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, January 21, 2017

Bermalam Di Madinah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ratu sambung balik cerita mengenai umrah Ratu sekeluarga pada bulan Januari 2017 ini.

Sepertimana yang Ratu ceritakan sebelum ini Ratu dan keluarga meninggalkan Mekah pada 20 Januari 2017 iaitu hari Jumaat. Alhamdulillah, Ratu dapat merasakan 2 kali Jumaat. Minggu lepas di Madinah dan kali ini di Mekah pula.

Ratu masih ingat lagi ketika Ratu mendengar taklimat. Emm, Ratu dengar taklimat seorang diri sebab Raja tidak sihat. Puteri Raja Ratu bersama Raja manakala ibubapa Ratu pergi membeli sejadah sekejap untuk dihadiahkan kepada atuk Ratu. Jadi, kami berpecah. Melalui taklimat yang Ratu dengar, Ratu ingin kongsikan sesuatu kepada korang semua.

Ratu dan keluarga akan berangkat ke Madinah dan bermalam di Madinah di hotel yang sama. Jadi, Ratu berkesempatan dapat mengunjungi Raudah nanti. Pastinya, Ratu tak akan lepaskan peluang yang ada ketika 1 hari di Madinah nanti. Tapi bukan itu yang Ratu ingin kongsikan ilmu di sini. Apa yang Ratu ingin ceritakan adalah mengenai tawaf Wada'

Oleh kerana pada hari Jumaat ini, kami terikat dengan solat Jumaat. Alang-alang sudah berada di Mekah, kami rebut untuk solat Jumaat di Mekah. Di sini, perempuan boleh solat Jumaat ya. Ratu pun tidak lepaskan peluang ni untuk solat Jumaat bersama-sama. Tawaf Wada' kami lakukan pada sebelah pagi lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sebelum keluar untuk tawaf tu kena pastikan semua beg telah pun berkemas. Ratu tinggal nak angkat baju yang hampir kering jer untuk dimasukkan ke dalam beg. Tawaf wada' kena 7 pusingan. Dan selepas habis 7 pusingan tidak boleh membuat sebarang aktiviti lain termasuk bergambar dan berwhatsapp. Kena terus pulang ke hotel angkat beg dan barang, makan dan terus menaiki bas. Oleh kerana kami terikat dengan solat Jumaat pada pukul 12.30 tengah hari, kami dicadangkan membuat tawaf 6 pusingan terlebih dahulu. Kemudian, selepas solat Jumaat kami habiskan 1 pusingan dan terus pulang ke hotel. 

Persoalannya kenapa tidak habiskan terus 7 puisngan ? Ratu difahamkan habis 7 pusingan kita hanya ada tempoh 5 jam sahaja berada di Mekah. Dan kalau dihabiskan 7 pusingan itu sebelum solat Jumaat, kita tak boleh buat solat Jenazah, mengaji, sedekah, bergambar dan sebagainya. Jadi, amatlah rugi. Bila kita buat tawaf 6 pusingan maknanya kita ada 1 pusingan tergantung yang perlu kita selesaikan. Dan kita boleh bersedekah, mengaji, berzikir, bergambar sementara menunggu solat Jumaat tu dan boleh solat Jenazah selepas solat Jumaat. Ratu mula memasuki Masjidil Haram pada pukul 9.30 pagi kerana takut kepadatan orang di dalam masjid sebab pada hari Jumaat memang terlalu ramai orang.

Habis sahaja tawaf wada' Ratu pun pulang ke hotel. Tiada lagi bergambar. Ratu terus ambil baju yang sudah kering dan masuk ke dalam beg. Ratu bersihkan kasut sebab sebarang batu dan pasir di Tanah Haram tidak boleh di bawa keluar. Selepas itu bawa turun beg dan kami makan tengah hari. Kemudian menaiki bas. Kami sampai di Madinah lebih kurang pukul 9.30 malam.

Ratu pergi ke Raudah pada keesokkan hari. Ratu pergi seorang diri. Raja dan emak Ratu betul-betul tidak sihat dari dalam perjalanan ke Madinah lagi. Ratu tengok mereka demam. Ratu terus pergi ke Raudah dan mengambil air zam-zam sebotol untuk di bawa ke Raudah. Ratu berdoa sepuas-puasnya dan mohon agar emak Ratu dan Raja pulih dari demam dan Ratu doakan sekali kesejahteraan untuk Ratu, Puteri Raja Ratu dan ayah Ratu. Ratu rasa seronok kali ini, urusan Ratu ke Raudah nampaknya lebih mudah. Ratu curi-curi menyempil dalam kumpulan kaum India. Alhamdulillah, tiada tolak menolak antara kami dan Ratu dapat solat dan doa sepuas-puasnya.

Inilah gambar yang sempat dirakam semasa Ratu berada di Raudah,


Ini gambar seterusnya,


Kalau dilihat kubah yang berwarna hijau itulah di bawahnya terdapat makam Nabi Muhammad S.A.W.


Ratu sempat juga mengaji mebaca surah Al-Mulk, Al-Sajadah dan Al-Waqiyah di kawasan bersebelahan dengan Raudah. Ratu juga mohon agar menjadi tetamuMu lagi ya Rasulullah di masa akan datang. Setelah puas berada di Raudah, Ratu pun pulang ke hotel membawa air zam-zam. Terasa lega dan lebih tenang. 

Pulang di hotel, Ratu pun tuang sedikit air zam-zam dan berikan kepada emak Ratu dan Raja terlebih dahulu dengan harapan agar penyakit itu tidak dibawa pulang ke Malaysia. Kemudian barulah Ratu, Puteri Raja Ratu dan ayah Ratu minum. Alhamdulillah, emak Ratu dan Raja semakin pulih. Terus Raja mengajak Ratu dan Puteri Raja Ratu bersiar-siar sekitar masjid Nabawi sementara menunggu waktu Zohor.

Inilah gambaran keseronokkan Puteri Raja Ratu mengejar burung. Ini kalau tak silap Ratu di kawasan pintu 21,


Ini gambar seterusnya,


Lepas Zohor, kami bawa turun beg dan makan. Seterusnya kami menaiki bas menuju ke lapangan terbang Madinah untuk pulang ke Malaysia. Sedih rasa di hati untuk meninggalkan Mekah dan Madinah. Allah sahaja yang tahu.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267