Setibanya Kami di Mekah..
Di bulan Januari 2017 ini masih lagi cerita mengenai umrah Ratu dan keluarga. Kami bertolak pada 11 Januari 2017 dan kini 14 Januari 2017 kami tiba di Mekah untuk mengerjakan umrah.
Kami sampai di Mekah lebih kurang pukul 6.00 petang waktu di Mekah. Selepas solat Margrib dan Isyak, kami pun makan dalam keadaan masih berihram. Kemudian, kami membuat tawaf, saie dan tahalul. Selepas tahalul, maka selesailah umrah kami.
Selepas makan sebelum memulakan tawaf, kami berkumpul di depan hotel penginapan kami untuk mendengar taklimat dari mutawwif agen kami. Ratu ketika itu rasa tidak sabar hendak melihat kaabah di hadapan mata. Sudah lama Ratu tidak menjadi tetamuMu Ya Allah. Ada lebih kurang 10 tahun. Ratu tengok banyak juga perubahan. Kali ini Ratu dan keluarga dapat hotel berhampiran dengan TOWER CLOCK. Alhamdulillah, Ratu masuk ke dalam Masjidil Haram melalui pintu 93 atau 94. Dalam perjalanan kami untuk membuat tawaf. Kami dikehendaki menurun ke tingkat bawah di dalam Masjidil Haram. Ratu sudah mula nampak imbasan kaabah. Rasa seronok di dalam hati. Raja juga melihat tanpa berkelip matanya. Ratu terus menunjukkan pada Puteri Raja Ratu kaabah yang selalu ditanyanya setiap hari ketika berada di Malaysia. Kini Pueri Raja Ratu dapat melihat sendiri. Masya Allah, rasa damai hati apabila melihat kaabah.
Kami mula membuat tawaf tujuh pusingan dan bermula dari sudut hajar aswad yang mana di situ juga ada lampu hijau di banguan masjid. Berakahir pusingan juga di situ. Ratu pusing mengelilingi kaabah sambil menjaga bahu kiri. INGAT !!!! Bahu kiri mesti dijaga mengadap kaabah. Jangan terpusing atau terlari dari arah Kaabah. Kalau terpusing kena undur balik di kawasan bahu terpusing tu atau mula balik pusingan yang itu sahaja. Contoh kalau pusingan tu adalah pusingan ke 3 masa bahu terlari tu, maka pusingan yang itu sahaja terbatal dan mula balik dari hajar aswad untuk pusingan yang ke 3. 2 pusingan yang sebelumnya tidak batal. Kebiasaannya, kalau sudah terlari bahu jemaah membatalkan pusingan tu dan mula balik pusingan tersebut dari Hajar Aswad atau dengan erti kata lain tambah lagi 1 pusingan menggantikan pusingan yang batal itu. Ini disebabkan orang terlalu ramai. Memang tidak boleh hendak undur.
Raja baru pertama kali membuat umrah. Jadi, Ratu tak kisah jika Raja mengikut mutawwif dan berjauhan sikit pergerakkannya dengan Ratu. Janji kami jumpa nanti di pintu keluar ataupun di tempat letak kasut. Ratu tawaf sambil memegang Puteri Raja Ratu. Puteri Raja Ratu ini, Raja dan Ratu tidak jatuhkan niat umrah. Dia hanya mengikut kami sahaja. Tapi masa tawaf tu dalam keadaan orang ramai dan berhempit-hempit terutama sekali di sekitar hajar aswad menyebabkan Puteri Raja Ratu berasa tidak selesa dan mula merengek. Tapi Ratu terpaksa mendiamkan diri kerana Ratu kena menjaga bahu kiri Ratu. Tambahan pula, Ratu tidak boleh mendukung Puteri Raja Ratu kerana dia memakai lampin pakai buang. Bimbang jika terlalu menekan lampin pakai buang tu. Najis melekat di lengan baju Ratu. Tapi tangan Puteri Raja Ratu, Ratu genggam erat agar tidak terlepas. Tambahan pula, Ratu ada mengenakan tali di tangan Ratu dan Puteri Raja Ratu. Ibubapa Ratu juga ada bersama-sama Ratu.

Habis tawaf, kami pun saie. Raja terus tidak kelihatan. Ratu tidak kisah sebab Raja ada bersama-sama sepupu Ratu. Puteri Raja Ratu pula bukan main seronok lagi berjalan ketika saie. Mungkin kawasan tidak sesak dan dia rasa seronok bila tengok ada beberapa kumpulan orang yang bersaie sambil membaca doa beramai-ramai dan serentak. Dan bila tiba di lampu hijau kaum lelaki disunatkan berlari-lari anak. Puteri Raja Ratu ini siap ikut berlari bila tiba di lampu hijau. Ada masanya dia menjerit suruh Tok Ayahnya lari. Ratu baca ikut pada buku gantung yang diberikan oleh agen kami. Puteri Raja Ratu, Ratu lepaskan dari genggaman. Tapi tali antara tangan Ratu dan Puteri Ratu masih lagi menyatukan kami.
Habis saie, kami bertahalul. Haa, lega rasanya. Dah habis umrah maknanya 13 pantang larang berihram sudah tidak terikat lagi dengan kami. Ratu memang tidak jumpa Raja sepanjang saie. Inilah yang sempat kami ambil selepas habis bertahalul.
Ini pula gambar Raja selepas tahalul.
Ratu dan ibubapa Ratu bersama-sama Puteri Raja Ratu menuju ke kawasan tempat kami meletakkan kasut. Di situ kami menemui Raja. Rupa-rupanya Raja menunggu kami di situ. Raja mengambil keputusan untuk membotakkan rambut. Maknanya, Raja masih lagi terikat 13 pantang ketika ihram sebab Raja belum lagi bertahalul. Dalam perjalanan kami ke hotel, Raja singgah di kedai gunting rambut dan membotakkan rambutnya. Maka selesai lah umrahnya.
Apa yang membuatkan Ratu terkejut, Puteri Raja Ratu menyatakan hasrat ingin mencium kaabah selepas Ratu bertahalul. Ratu ada menceritakan kepada Raja akan hasrat Puteri Raja Ratu ketika kami berjumpa di tempat letak kasut. Tapi Raja dan Ratu tidak dapat tunaikan permintaannya malam itu sebab Raja belum habis lagi bertahalul dan keadaan kami yang agak penat sebab baru habis umrah dan baru sampai dari Madinah.
Tapi kami berjanji akan tunaikan hasratnya sebab kami juga ingin membuat tawaf sunat nanti. Masa tu kami boleh memegang dan mencium kaabah sebab kami tidak terikat dengan pantang larang berihram. Ketika berihram, kami tidak boleh mencium kaabah. Kalau hendak cium pun setelah bertahalul.
Tatapan dari,