Hari yang Dinantikan..
Sudah lama Ratu tidak update blog ini. Kali ini Ratu berkesempatan untuk update. Ratu akan kongsikan 1 pengalaman yang paling manis yang mencorakkan warna kehidupan kami di awal tahun 2017 ini.
Pada saat ini, Ratu tidak menjangkakan hajat Ratu untuk menunaikan umrah bersama-sama Raja dan Puteri Raja Ratu serta ibubapa Ratu tercapai. Malam sebelum kami berangkat, Ratu tidak dapat melelapkan mata. Mungkin sebab terlalu gembira. Bagaikan tidak percaya pun ada.
Apa yang bermain di fikiran Ratu,
Harap-harap Raja dapat lakukan umrah dengan baik sebab Raja belum pernah menjejakkan kaki ke sana.
Harap-harap Puteri Raja Ratu tidak meragam ketika berada di Madinah dan Mekah agar Raja dan Ratu dapat melakukan ibadah dengan baik. Puteri Raja Ratu ini hanya mengikut sahaja dan Raja Ratu tidak akan menjatuhkan niat untuknya mengerjakan umrah.
Harap-harap Ratu tidak keluar darah haid. Risau juga ni. Kali ini Ratu pergi dan jangkaan darah haid ini keluar adalah dalam tempoh ketika Ratu berada di Madinah ataupun Mekah. Tapi Ratu sudahpun merujuk doktor dan Ratu dibekalkan ubat tahan pengeluaran darah haid. Ratu takut terlupa, terus Ratu setkan alarm kat telefon bimbit supaya Ratu alert makan ubat ini dalam tempoh yang ditetapkan. Ratu kena makan ubat ini setiap 12 jam iaitu 8 pagi dan 8 malam. Kalau sebelum ini Ratu pergi, Ratu memang baru lepas tempoh period. Tapi kali ini ada risau sedikit.
Hari yang dinantikan kini sudah tiba. Inilah beg yang akan kami bawa. Apa lagi nak bawa ni ya.. hUHU..
Penerbangan kami lebih kurang pukul 1.00 tengah hari dan kami perlu berada di KLIA pukul 9.00 pagi. Bagi menggelakkan kesesakan jalan raya dan lambat tiba di KLIA, kami mengambil keputusan untuk bertolak lebih kurang pukul 6.30 ke 6.45 pagi selepas Subuh. Raja Ratu dan Puteri Raja Ratu bermalam di rumah kedua ibubapa Ratu untuk memudahkan urusan kami pagi tu sebelum bertolak. Kami kenalah bangun awal sedikit lebih kurang pukul 4.00 pagi untuk bersiap-siap.
Sempat ibubapa Ratu bergambar dengan cucu kesayangannya sementara Ratu bersiap-siap.
Apa yang Ratu hendak kongsikan di sini, sebelum bergerak apa yang perlu kita lakukan:-
* Mandi sunat musafir
Mandi dahulu seperti biasa. Selepas itu barulah kita niat dan mandi sunat musafir.
* Solat sunat musafir
Oleh kerana Ratu dan keluarga bergerak selepas Subuh. Jadi kami perlu mengerjakan solat sunat ini sebelum mengerjakan solat Subuh. Ratu mulakan solat taubat terlebih dahulu. Kemudian solat sunat musafir dan akhir sekali solat Subuh sebab kita dilarang untuk mengerjakan solat selepas solat Subuh ya.
Setelah kami diazankan, kami pun bergerak dibawa oleh bapa saudara dan abang Raja. Tatkala kami diazankan, air mata Ratu tumpah ke pipi. Bagai tidak percaya.. Betul ke Ratu dah hendak bergerak ni.. Betul ke Ratu dan orang tersayang ni akan menjadi tetamuMu Ya Allah.
Kami pun sampai di KLIA,
Inilah gambar kami sebelum berlepas. Sebenarnya, Ratu bukan pergi berlima tapi sepuluh orang. 5 orang lagi 1 keluarga saudara mara belah ayah Ratu. hUHU.. Jadi kami bergerak 10 orang.
Cuma sedih sedikit sebab adik beradik Raja dan ibu Raja ingin datang KLIA dan berjumpa dengan kami sebelum berlepas. Tapi hajat tu tidak kesampaian apabila Raja dan Ratu perlu masuk ke bahagian imegesen. Itupun kami sudah terlambat masuk ke bahagian imegresen. Keluarga Raja sudah sampai KLIA tapi kami tidak boleh berpatah balik. Emm.. Tapi sempatlah kami tengok gambar ketibaan mereka yang dihantar melalui whatsapp ketika dalam perjalanan kami menaiki kapal terbang.