Selamat Sampai Di KLIA
Alhamdulillah, kami telah selamat sampai di KLIA 22 Januari 2017 kira-kira pukul 12.45 tengah hari. Sepatutnya, kami dijangkakan sampai di KLIA pada pukul 11.15 pagi. Tapi ada sesuatu yang berlaku pada rombongan kami semasa di lapangan terbang Madinah.
Semasa di Madinah, selepas solat Zohor kami mula menaiki bas menuju ke lapangan terbang Madinah. Dalam bas kami dibekalkan nasi Arab dan air untuk santapan di lapangan terbang nanti sebelum kami menaiki kapal terbang.
Semasa kami sampai di Madinah dan mula melepasi imigresen, kami pun solat Asar dan mula menjamu selera dengan nasi Arab yang dibekalkan kepada kami tadi. Tiba-tiba kami dikejutkan yang mana salah seorang dari ahli rombongan kami kehilangan pasport. Terkejut juga. Ratu mula menyemak pasport kami sekeluarga termauklah keluarga sepupu Ratu. Alhamdulilah, pasport masih ada bersama-sama kami. Tapi yang peliknya, macam mana boleh hilang. Nasib baik sudah melepasi imegresen Madinah.
Mutawwif membantu dengan membawa rakan rombongan tersebut berjumpa dan berbincang dengan pihak pengurusan di lapangan terbang tersebut. Semasa kami di dalam kapal terbang sebelum terbang, lama juga pihak pengurusan berbincang di dalam kapal terbang mengenai kehilangan pasport salah seorang ahli rombongan kami. Alhamdulillah, setelah berbincang hampir 15 minit akhirnya rakan rombongan kami dilepaskan menaiki kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Alhamdulillah. Itu yang penting kalau kat Malaysia hilang pasport tak per sebab negara kita kan. Ini kat negara orang.
Kemudian, kami dimaklumkan ada masalah teknikal yang mana roda kapal terbang perlu dibaiki dan di tukar. Salah seorang dari rakan kami memaklumkan mungkin apa yang berlaku kehilangan pasport ini membawa hikmah yang mana pihak pengurusan mendapati salah satu tayar kapal terbang perlu dibaiki tatkala kami berada di dalam kapal terbang. Lama juga kami berada di dalam kapal terbang. Sementara menunggu pengumuman untuk terbang, Puteri Raja Ratu melayan telemovie Boboboi. Huhu..
Akhirnya kami terbang dan selamat sampai di KLIA,
Alhamdulillah,
Kalau ditanya seronok ke tidak. Jawapannya, MEMANG SANGAT-SANGAT SERONOK. Ratu rasa seronok, PERTAMA kali ini Ratu pergi bersama-sama Raja, Puteri Raja Ratu dan ibubapa Ratu. KEDUA, Ratu dapat lakukan ibadah dengan baik dan Puteri Raja Ratu tidak sedikit mengganggu aktiviti Raja Ratu di sana. Alhamdulillah.. Jejak kaki di KLIA, terasa rindu saat kami berada di Mekah dan Madinah khususnya kawasan Raudah dan Kaabah.
Allah Hu Akbar.
Permudahkan lah urusanku di tanah air dan izinkan kami datang lagi menjadi tetamuMu Ya Allah. Amin..
Insya Allah, kami PASTI datang lagi nanti. Insya Allah.
Tatapan dari,