Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, September 7, 2017

Ayam Masak Sambal Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ratu tengah berjalan-jalan ke beberapa blog. Ratu terbaca 1 blog ni yang berkongsi resepi Ayam Masak Hijau. Kalau sebelum ini, Ratu ada kongsikan di sini resepi sambal hijau yang Ratu ambil dari mingguan wanita. Kali ini Ratu terbaca pula resepi ayam masak hijau ni. Ratu belum pernah masak ayam masak hijau. Bila terpandang resepi ni, rasa macam nak cuba la pulak. Nampak macam simple je resepi ni.

Ratu kongsikan di sini ya.

Bahan A
6 ketul ayam
2 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (hiris kasar)
2 biji limau kasturi
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
7 biji cili hijau
7 biji cili api hijau
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara memasak:
1) Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga masak atau separuh masak.
2) Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!



3) Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
4) Masukkan bawang besar dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.

Selamat mencuba !!!

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267