Sambal Hijau
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ratu terpandang 1 resepi melalui ruangan selera di dalam mingguan wanita. Resepi yang menarik perhatian Ratu untuk dicuba adalah sambal hijau.
Bahan-bahan:
250 gram cili hijau yang dibuang tangkainya
50 gram cili padi hijau
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji tomato hijau
1/2 sudu teh air perahan limau nipis
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
1. Potong cili hijau dan cili padi hijau.
2. Masukkan segelas air ke dalam periuk. Kukus cili padi hijau dan cili hijau bersama-sama dengan bawang merah, tomato hijau dan bawang putih selama lebih kurang 5 hingga 10 minit. Kemudian angkat dan toskan.
(Ada juga resepi yang mana kukus cuma cili padi hijau dan cili hijau. Kemudian angkat dan toskan. Tumis bawang merah dan tomato hijau hingga lembut dan angkat.)
3. Tumbuk bahan-bahan tadi iaitu cili padi hijau, cili hijau, tomato dan bawang tadi secara kasar.
4. Panaskan minyak untuk menggoreng. Tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sehingga sebati dan berbau harum.
5. Tambahkan gula dan garam. Tak perlu terlalu lama menumis. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan air limau nipis. Sedia untuk dihidangkan.

Tatapan dari,