Khasiat surah Al-Kausar
Ratu pernah sebelum ini menceritakan mengenai khasiat surah Al-Kausar. Jadi, tidak salah Ratu mengingatkan kembali khasiat surah Al-Kausar.
Surah ini paling pendek. Dengan hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Mekah. Ayat ini bermaksud sungai di syurga yang mana kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.
Pelbagai khasiat yang terkandung dalam surah ini yang boleh diamalkan iaitu:-
a) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.
b) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya Allah hilanglah dahaganya.
c) Jika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata kita.
d) Jika rumah dipercayai terkena sihir seperti diletakkan sesuatu barang di rumah, bacalah surah ini sebanyak 10 kali, mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu di rumah kita.
e) Jika membacanya sebanyak 1,000 kali, Insya Allah rezeki kita bertambah.
f) Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. h) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana tidak bersalah tetapi dizalimi.
Diharapkan surah ini dapat membantu pengunjung Raja Ratu di teratak ini dan dijadikan amalan dalam kehidupan kita seharian.
SELAMAT BERAMAL !!!
Tatapan dari,