Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Saturday, September 16, 2017

Nasi Ayam Madu

Kali ini Ratu ingin kongsikan resepi nasi ayam Madu. Resepi ini menjadi kegemaran Puteri Raja Ratu. Bila ada permintaan darinya, kenalah Ratu tunaikan. Ini Ratu petik dari facebook yang mana ada kelainan dengan meletakkan madu pada ayam tu. Ni Ratu kongsikan di sini.


RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahannya :
Bahan untuk ayam (direbus) :
● 1 ekor ayam dipotong 8
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 2 cm halia, ditumbuk halus
● 1 kiub ayam


Bahan untuk ayam (diperap) :
● 1 sudu besar kicap pekat
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 cm halia, ditumbuk halus
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 1 sudu besar kicap cair
● Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
● 3 cawan beras  (Ratu biasa letak 4 cawan beras, 4 cawan air rebusan sebab takut nanti nasi lembik)
● 4 cawan air rebusan ayam
● 2 sudu besar butter
● 1 cm halia ditumbuk halus
● 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
● Sedikit garam
● 2 bunga lawang*
● 4 buah pelaga*
● 1 kayu manis*
● 1 batang serai ketuk
● 2 helai daun pandan
● Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
● 5 biji cili merah
● 3 ulas bawang putih
● 2 cm halia
● 1 sudu besar cuka (Tak letak pun tak per)
● 1 sudu teh garam
● 1 sudu teh gula
● 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
● Air rebusan ayam
● 1 biji bawang besar, dikisar
● Rempah sup bunjut
● Garam
● Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
● Kuah kicap perapan ayam di atas
● Kicap manis cap kipas udang
● Sedikit garam
● Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:
Untuk ayam:
1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi :
1. Basuh beras dan tos air.
2. Panaskan butter dan tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa. (Ratu gunakan rice cooker)

Untuk sup :
1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos :
1. Kisarkan semua bahan di atas.
2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Untuk kuah kicap :
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Selamat mencuba.


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267