Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, September 21, 2017

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Surah Al-Mulk mempunyai kehebatannya tersendiri yang mana sesiapa yang mengamalkan dan menghafal surah ini, pasti mereka akan dijaga dan dipelihara dari azab kubur. Masya Allah.

Jom kita renungkan antara kelebihan surah Al-Mulk.



Keistimewaan Dan Keutamaan Surat Al-Mulk

1. Rasulullah S.A.W bersabda, barangsiapa yang selalu membacanya, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya. 

2.   Surah ini mempunyai 30 ayat dan barangsiapa yang selalu membaca dan menghafalnya, maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.

3.   Surah ini dikatakan selalu dibaca dan diamalkan oleh Rasulullah sebelum tidur. Sebab keagungan kandungan dan maknanya. Keistimewaan Dan Keutamaannya tersebut diketahui kerana Baginda Rasulullah SAW menyebutkan dalam salah satu sabdanya. Rasulullah mengatakan bahwa Surat al-Mulk itu menjaga dan memelihara pembacanya dari azab kubur.

4.   Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al-Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.

5.   Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surat itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu menjawab di dalam kubur sehingga mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

Ibnu Abbas berkata: “Pada suatu hari ada seseorang menghampar jubahnya di atas kuburan dan ia tidak tahu bahwa tempat itu adalah kuburan, ia membaca surah Al-Mulk, kemudian ia mendengar suara teriakan dari kawasan kubur itu: Inilah yang menyelamatkan aku. Kemudian kejadian itu diceritakan kepada Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda: Surat Al-Mulk dapat menyelamatkan penghuni kubur dari azab kubur.” (Ad-Da’awat Ar-Rawandi, hlm 279/817; Al-Bihar 82/ 64, 92/313/2, 102/269/

Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata: “Surat Al-Mulk adalah penghalang dari siksa kubur, surat ini termaktub di dalam Taurat, barangsiapa yang membacanya di malam hari ia akan memperoleh banyak manfaat dan kebaikan, …Sungguh aku membacanya dalam solat sunnah sesudah Isya’ dalam keadaan duduk. Ayahku (sa) membacanya pada siang dan malam. Barangsiapa yang membacanya, maka
* ketika malaikat Munkar dan Nakir akan masuk ke kuburnya dari arah kedua kakinya, kedua kakinya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini berpijak padaku lalu ia membaca surat Al-Mulk setiap siang dan malam;

* ketika mereka datang kepadanya dari rongganya, rongganya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini telah menjagaku dengan surat Al-Mulk;

* ketika mereka datang kepadanya dari arah lisannya, lisannya berkata kepada mereka: kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini telah membaca surat Al-Mulk setiap siang dan malam denganku.”  (Al-Kafi 2/233/hadis 2)

Imam Muhammad Al-Baqir (sa): “Bacalah surat Al-Mulk, kerana surat ini menjadi penyelamat dari siksa kubur.”

6.   Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surat-surat yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surat yang mengandungi 30 ayat. Surat itu surat Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

Para ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Para ulama juga berkata: “Sesungguhnya surat Al-Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari bahaya azab kubur. Ia akan menjawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut melepaskan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”

7.   Saiyidina Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, niscaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.’

8.  Ulama berkata: “Sesungguhnya surat Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya terdapat beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya niscaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.

9.   Membaca surat As-Sajdah dan surat Al-Mulk di waktu malam samalah dengan memperoleh lailatul qadar (Hadist).

10.  Barang siapa setiap malam membaca surat Al-Mulk, maka kelak ia dapat menang untuk menjawab pertanyaan kubur dan sebelumnya mati jauh dari fitnah (Hadis)

11.  Surah Al-Mulk itu dapat mensyafaati pembacanya hingga diampuni dosanya (Hadis). Kesemua kelebihan surah ini tersemat di hati dan tubuh badan seseorang jika seseorang rajin membacanya setiap malamnya, mengamalkan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya, mengimani berbagai berita yang disampaikan di dalamnya..Wallahu a’lam.

12.  Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan kefakiran serta hidup akan menjadi lebih makmur dan sejahtera.

Malah surah ini juga menjadikan pekerjaan, perniagaan dan usaha seseorang menjadi lebih berjaya. Insya Allah.

Masya Allah, banyak sungguh kelebihan surah ini. Marilah kita membaca surah Al-Mulk ini minima 1x sehari dan dilaksanakan dengan lebih disiplin. Disertakan sekali dengan sedekah, solat dhuha dan tahajud, insya Allah dalam sekurang-kurangnya dalam masa seminggu hidup anda akan lebih makmur, bahagia dan sejahtera serta dimudahkan rezeki. Amin..

Ratu cuma menyampaikan, korang semua yang perlu mengamalkan dan merebut kesemua kelebihannya.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267