Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Thursday, May 28, 2009

Sayang punya pasal...

Semalam, Ratu tak sihat tul. Batuk, tak baik lagi. Waaaa..Raja hatiku, Ratu tak sihat. Help!!! Help!!! Rasa2 nya Raja kat outstation tu dengar tak jeritan Ratu. Haha..

Leh lak kir keadaan mak Ratu & Raja. Dah janji nak potong ubat mak mertua Ratu semalam. Nak gi gak. Syg punya pasal. Sebelum gi settle dulu ubat mak Ratu. Mak Ratu mengadu sakit tgn. Bawala gi klinik. Syg punya pasal. Pas tu mak Ratu nak ikut Ratu balik uma mertua. Risau tgk anak kesayangannya ni drive sorang dlm keadaan tak sihat. Sampai je, Ratu call Raja maklumkan Ratu dah sampai. Kecian Raja, mengadu keja tgh yak. Letih dia.
Ni la ubat mak Ratu,
Ni lak ubat mak Raja,
Ni pemotong ubat utk potong ubat mak Raja sebab de ubat kena makan suku. So, kenala belah 4 ubat tu.
Dah potong, masuk dlm bekas ubat. Kena asingkan. Senang mak Raja nak makan utk pg, tgh hari, ptg & mlm.

Balik tu singgah la KFC bawa mak Ratu makan. Kecian, dah lapar dah mak Ratu. Ingat nak call abg ipar, singgah jap nak bagi pendrive lesen memandunya. Waduh! tak sempat. Sorry la abg hanip..eee

Tuesday, May 26, 2009

Majlis perkahwinan sepupu Raja Nurul 23 Mei 2009

Ratu tak berapa sihat jumaat lepas. Haha. Badan dah dedau..waduh, nak demam ni. Teringat mak mertua Ratu de ckp sepupu Raja nak kahwin. Raja lak outstation. Waduh, cam ner nak gi ni..batuk lak tu..Ratu blk keja je terus makan antifast. Sok pagi, rasa dah ok kit, tapi batuk TAK baik lg. Ratu rasa cam nak gi gak ke majlis tu sebab Raja rapat dgn family ni. Pas dapat keizinan Raja, Ratu pun gi dgn ibu Ratu. Bawa bekal ubat batuk. Ratu sampai pun dah kul 2 ptg. Haha..pengantin dah lepas berarak dah. Ni la suasana majlis yg sempat dirakam.

Sempat berposing lak Farah ni. Dia ni la pengapit Ratu masa Majlis persandingan Ratu & Raja di rumah Raja. Cun tak. Single lagi..Tapi hatinya telah dimiliki ya. Laa tak faham lagi. Dah de ‘boyfriend’ la
Tgk jurukamera tgh ambil gambar pengantin bersama keluarga..Haha..Ratu ambil peluang..tapi gambar tak cun kit. Sorry yek.

Ratu dpt tahu sepupu rapat Raja Sarulrizal berada di Jakarta. Tak dpt pulang lak. Semoga gambar ni dapat mengubat kerinduannya pd keluarga. Tapi Ratu pun tak perasan lak yang mana satu isteri kesayangannya. Haha..

Wednesday, May 20, 2009

masak bersama..wah!!! romantiknya

Hujung minggu, kami abiskan masa bersama. Sabtu, g uruskan service keta sbb Raja nak outstation isnin ni. Ptg tu Ratu cadangkan kat Raja nk masak bersama soknya. Akhirnya Raja setuju. Asalnya nk masak tomyam. Raja tau masak tomyam. leh la Ratu ambil peluang belajar. tapi cancel lak. tukar menu.

Pagi ahad tu, Ratu cari udang. Teringin nak makan udang. Cari2 jumpa..wah pe lg beli la. ratu beli udang, ikan cencaru & kacang buncis kit. Balik2 Ratu merajuk dgn Raja. Merajuk??? mana taknya Raja dah bgn, leh sambung balik tidur. Ingat nak sarapan sama2. Raja perasan Ratu merajukkk.. cit, dia tau cam ner nk pujuk Ratu. Sekali dia pujuk, Ratu dah gelak tgk gelagat dia. Cis, tak jadi nak merajuk. Ratu cam biasa la, kemas uma, menyapu, basuh baju. Dah penat, pujuk Raja angkat jemuran baju. wah, syg gak dia kat Ratu..angkat gak.

Time masak, Raja dah sound, jom masak..
Raja : Ya cik, nak makan per..
Ratu : Sambal belacan 1, sambal udang 1, ikan bakar 1, sayur kacang buncis 1...
Raja : ok siappp...

Ratu panggil 'sambal udang', Raja lak 'udang goreng berlada'. whatever la. janji maksud yg sama. Ni lah hasilnya.
sayur...

sambal belacan. pedas beb..letak cili padi yak..klu tak tahan jgn makan.


sambal udang..

ni ikan cencaru..bakar dgn daun kunyit..rasanya lembut, cam ikan kukus. cicah dgn sambal belacan..peh, sedapp...

dah abis masak..kami dah kenyang. mana taknya bau haba masak. 1 jam pas tu kami bedalll..

Monday, May 11, 2009

Sedih di hati kami……

Kata pepatah ‘Yang pergi tetap pergi..Yg hidup mesti teruskan hidup’. Jumaat lalu Raja & Ratu dimaklumkan kehilangan 2 org yg rapat dgn kami. Yg rapat dgn Raja ‘Tokcik’ & Ratu lak ‘Hj Abdullah’.

Lbh kurang kul 4.00pg Jumaat tu hand phone Raja berbunyi. Dgn mata yg agak ‘kesat’ bgn gi tgk hand phone. Tapi no yg kuar tak dikenali. Raja tak angkat & sambung blk tidur. Bila bgn pg nak keja, Raja rasa tak sedap hati & ckp dgn Ratu.

Raja: Siapa yg tel tadi yek..no tak kenal
Ratu: Silap no tak.. (Ratu nak sedapkan hati Raja)

Raja pun siap2 gi keja. Kul 11.00pg tu, dpt call, dpt tau ‘Tokcik’ Raja meninggal. Raja terkejut. Pas inform ofis, terus balik PD. Ratu tak tau lg. Kul 12.00 lbh, Ratu cam biasa call ingatkan Raja tuk solat Jumaat. Baru la Ratu dpt tau. Raja sampai pun jenazah dah dibawa ke masjid tuk disolatkan pas ‘solat Jumaat’. Pas kebumi sepupu inform, dia yg call kul 4.00pg tadi. Kalau Raja angkat pg tu, mesti Raja & Ratu cuti & balik PD.

Kul 9.00lbh, Ratu lak dpt msg dr Kak Noriza rakan ofis inform Hj Abdullah telah meninggal kul 7.50mlm tadi. Ratu tergamam. Ratu difahamkan arwah akan dikebumikan sabtu pg. Kami tiba dlm kul 10.00 lbh sabtu tu, jenazah tgh disolatkan di surau. Ratu gi jumpa isteri arwah utk ucapkan takziah. On de way nk ke keta jap, keta jenazah lalu bawa jenazah yg dah disolatkan. Hati Ratu tiba2 sebak. Tgn Ratu yg nk ambil gambar van jenazah tu terus kaku. Terus sedekahkan al-fatihah. Arwah ni memang baik & aktif. Masa kami melawat org yg dtg ramai..cam kenduri kahwin sebab arwah masa hidupnya memang peramah. Arwah ni lbh kurang sebaya ayah Ratu. Ratu mula rapat dgn arwah sejak arwah lantik Ratu utk wat keja2 kewangannya beberapa thn lalu. Arwah meninggal di hospital. Dia koma selepas wat pembedahan hempedu. Ni la yg dikatakan ‘Ajal maut ditgn Tuhan’ Ratu baru jumpa arwah di rumahnya kira2 sebulan lalu. Keadaannya sihat je cuma de mengadu sakit2 bdn kit. 2 minggu pas tu Ratu dpt dimaklumkan oleh arwah, arwah berada di hospital utk wat pembedahan & Jumaat lalu, ratu dimaklumkan pemergiannya. Sedih memang terasa sedih. Terbayang-bayang wajah arwah masa hidupnya. Lantas teringat Ratu pd arwah adek Ratu.

Sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah2 ni. Moga diampunkan dosa-dosa mereka & dicucuri rahmat ke atas roh mereka..
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH
AL-FATIHAH

Wednesday, May 6, 2009

Cuti Hari Buruh 1 Mei

Ratu cuti 3 hari..SUKANYAAAA. Tapi Raja Sabtu lak keja. Cuti Hari Buruh Raja & Ratu guna peluang ni bersama ayah, mak Ratu g Air Panas Pedas pas solat Jumaat. Konon-kononnya nk g mkn cendol kat Jalan Tampin Lama sekali tapi tak sempat lak. Sampai je baru teringat…alamak tuala mandi tertinggal..hai yoo..kenalah g beli dulu

Sampai je Wet World Resort Air Panas Pedas, tiba je kat kaunter ayah Ratu jerittt..mak hai nak berendam kat air panas je pun kena RM10 seorg. Dah sampai masuk je la..dah bayar kena kai kat tgn..

Nak berendam air panas tukar baju dulu…kang basah..

Nk blk, de pakcik tu kata perigi ni air dia panas..rasa tgn kt atas perigi, memang bahang pun. Waduh nk gak duk kat perigi ni..

Lepak jap beb sebelum drive..

Monday, May 4, 2009

Tumpang kegembiraan & kesedihan...

Mana nak cita dulu yek...ok lah 1st Ratu cita dulu berita gembira dulu..tumpang gembira ya..Ratu baru dpt tau rakan Raja..emmm..nk sebut nama ker..haha..ok la nama dia Rahsia bin Terus Berahsia..Haha..tak la nama sebenyarnya Jamal tlh selamat menerima cahaya matanya yg ke 5...dapat anak lelaki..TAHNIAH!!!!...TAHNIAH!!!! Nah terima lah hadiah ucapan tahniah...nak hadiahkan..

Berita sedih yg Ratu dapat la beb...Ibu kpd ADEK ANGKAT Ratu LAN tlh kembali mengadap ilahi..Takziah Ratu & Raja sekeluarga ucapkan. Lan ni Ratu kenal pas arwah adek Ratu meninggal dunia. Semua sepupunya pun rapat dgn Ratu sekeluarga. Ratu dapat tahu pun kul 10.00 tadi. Ratu dimaklumkan Ibu Lan ni meninggal dunia lebih kurang pukul 9.00 pg tadi di rumahnya di Johor Bahru. Jenazahnya akan dikebumikan pas Zohor. Ratu pun kurang pasti sakit pe tapi yg Ratu tau dah lama ibunya sakit. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah. AL-FATIHAH...

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267